Tular Foto Dan Video Fenomena ‘Halo Matahari’, Warga Maya Terpukau Dengan Keindahannya | Terbaru, satu fenomena yang dikenali sebagai ‘Halo Matahari’ dilaporkan menghiasi langit Malaysia yang dikongsikan oleh warga maya di media sosial masing-masing.
Tular juga beberapa foto dan video di setiap platform media sosial hari ini mengenai fenomena tersebut.
Fenomena Halo Matahari dimana terbentuk 2 lingkaran halo matahari iaitu halo 22 darjah & halo 46 darjah hasil pembiasan cahaya daripada kristal-kristal ais di atmosfera pada ketinggian lebih 7 kilometer daripada permukaan bumi.
Sebahagian besar Semenanjung Malaysia kini diselaputi awan nipis atau dikenali sebagai awan cirrucumulus yang menggalakkan pembetukan fenomena optik tersebut.
Berikut merupakan sebahagian foto dan video yang telah dikongsikan oleh warga maya di media sosial :
Sebahagian besar Semenanjung Malaysia kini diselaputi awan nipis atau dikenali sebagai awan cirrucumulus yang mengalakkan pembentukkan fenomena optik tersebut.
📸fazrulafiq pic.twitter.com/bvWayiUMWA
— SENAWANGTV™️🇲🇾 (@SenawangTV) August 2, 2021
Tengah ada fenomena halo ya di Malaysia sekarang ni? Ramai tengah share gambar di WhatsApp group. Cantik-cantik gambarnya. Ni satu contoh. pic.twitter.com/C6a67ANRGK
— Khairul Hafidz (@khairul_hafidz) August 2, 2021
Cuba korang keluar jap kat luar tngk Matahari. Lawa weh
سبحانالله. ☀️ pic.twitter.com/hu4j2Q9wgo
— ذاكر (@hambayglmah) August 2, 2021
Sumber :Facebook, Twitter