Baru-baru ini, tular isu rambut panjang di mana ibu bapa meminta pihak sekolah untuk menyediakan tukang gunting rambut.

Tular Isu Rambut Panjang. Guru Ini 'Sekolahkan' Ibu Bapa Di Facebook

Hal ini kerana, mereka tidak mahu rambut anak mereka menjadi ‘robek’ angkara ulah guru.

Lalu, seorang lelaki yang juga seorang guru tampil memberi komen mengenai isu ini.

Katanya, isu rambut panjang memang sudah termaktub dalam buku undang-undang sekolah.

Tambah-tambah apabila masuk ke sekolah kerajaan, serba serbi percuma seperti bil api air tidak perlu bayar, tiada yuran bulanan, sumbangan PIBG tidak wajib.

Sepatutnya, pelajar hanya perlu mengikut peraturan sekolah sahaja.

“Apa benda anak kau rambut panjang, cikgu yang kena panggil tukang gunting ke sekolah? Kau ingat anak kau siapa? Anak raja?,” tulisnya.

Tular Isu Rambut Panjang. Guru Ini 'Sekolahkan' Ibu Bapa Di Facebook

Patutnya, ibu bapa yang perlu membawa sendiri anak mereka ke kedai guntung rambut.

Malah, mereka sendiri boleh memanggil tukang gunting itu ke rumah jika terlalu mahu ‘manjakan’ anak mereka.

Analogi mudah macam pakai kereta tapi tak ikut peraturan, cermin gelap, sportrim lagi, ubah suai melampau serta cukai jalan tamat tempoh.

“Bila kena tahan roadblock JPJ, boleh tak kau suruh pegawai JPJ tu panggil tukang kedai accessories buang balik tinted, tukar balik sport rim, panggil pomen suruh ubah balik kereta tu jadi standard. Boleh ke tak?,” tulisnya.

Saranan beliau, ikut sahaja peraturan sekolah atau ibu bapa boleh hantar anak-anak ke sekolah swasta kalau susah sangat ikut peraturan.

Tular Isu Rambut Panjang. Guru Ini 'Sekolahkan' Ibu Bapa Di Facebook

“Dah susah sangat ikut peraturan, kumpul duit banyak-banyak hantar anak sekolah swasta yang bayaran RM60k setahun tu.”

Namun, sekolah swasta juga mempunyai undang-undang sekolah atau boleh sahaja buat ‘homeschooling’ jika mahu manjakan anak mereka.

Malah, ibu bapa juga boleh mencipta sendiri undang-undang untuk anak mereka itu.

Sebelum mengakhiri perkongsiannya, beliau memberitahu jika tidak boleh ikut peraturan, bersedialah untuk dihukum bukannya minta dilayan seperti raja.

Sumber: Facebook Mohd Fadli Salleh

 

 

Share.

Leave A Reply