Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senaling sudah menghubungi Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) berhubung isu guru sebuah sekolah di Kuala Pilah didakwa menggesa supaya pengetua dan guru kanan pentadbirannya dipindahkan segera.

Tular Kain Rentang Minta Kepimimpinan Sekolah Deipindahkan. 'Ini' Tindakan PPD

Ia berikutan tular gambar kain rentang yang tertera desakan itu, dengan memaparkan pelbagai dakwaan berkait sikap dan tindakan pihak pentadbiran sekolah terbabit.

ADUN Senaling, Datuk Adnan Abu Hassan, berkata pihaknya bersedia memberi kerjasama menangani isu terbabit, malah dimaklumkan bahawa pegawai PPD sudah turun ke sekolah berkenaan untuk melakukan siasatan.

Beliau juga difahamkan bahawa satu laporan polis turut dibuat bagi mendapatkan kebenaran mengenai aduan terbabit, dan siasatan sedang dijalankan.

Katanya dalam satu kenyataan, walaupun makluman awal menyatakan majoriti guru sekolah itu didakwa tidak bersetuju dengan kenyataan yang ditulis pada kain rentang berkenaan, adalah lebih baik untuk semua pihak menunggu hasil siasatan pihak berkuasa.

Mengulas lanjut, Adnan berkata, pihaknya akan memantau isu terbabit bagi memastikan ia dapat diselesaikan dalam keadaan baik.

Sumber: Berita Harian

Share.

Leave A Reply