Tular Restoran Khairul Aming. Ini Syarat2 Yg Ditetapkan Jika Nak Ke Restoran Rembayung.
“Selepas setahun simpan rahsia, akhirnya hari ini KA boleh umum yang restoran pertama Khairul Aming sudah pun siap dibina.”
KUALA LUMPUR: Selepas lebih sepuluh tahun mengukir nama dalam dunia digital dan perniagaan makanan. Pempengaruh media sosial terkenal, Khairul Aming kini melangkah ke dunia sebenar dengan pembukaan restoran pertamanya, Rembayung.
Pengumuman mengejutkan itu dibuat sendiri oleh Khairul Aming menerusi media sosial yang mendedahkan bahawa projek selama setahun itu membabitkan kos RM4 juta.
Restoran itu, katanya, akan dibina di atas tanah seluas 8,000 kaki persegi di Kampung Baru, iaitu hanya sembilan minit dari pusat beli-belah KLCC atau Menara Berkembar PETRONAS.
“Selepas setahun simpan rahsia, akhirnya hari ini KA boleh umum yang restoran pertama Khairul Aming sudah pun siap dibina.
@khairulamingSelepas setahun simpan rahsia, restoran pertama Khairulaming telah pun siap. Dengan menelan modal 4 juta ringgit, kita bina bangunan dari scratch di atas tanah kosong seluas 8,000 kaki di Kg Baru. Ini adalah investment terbesar KA pernah buat untuk one single project Selepas 10 tahun dalam dunia online, i’m finally ready untuk mulakan langkah ke dunia offline. Ini adalah permulaan untuk planning KA 10 tahun yang seterusnya. Selamat datang ke Rembayung ❤️♬ original sound – Khairulaming
“Dengan bermodalkan RM4 juta, kita bina restoran makanan kampung. Proses ini bermula dari awal tahun lagi sebab kita nak bermula dari kosong. Jadi prosesnya akan mengambil masa sedikit.
“Berbekalkan rakan kongsi yang dah lama dengan industri restoran, kami bertiga berganding bahu untuk jadikan idea ini satu realiti,” katanya dalam video.
Mengulas lanjut mengenai konsep restorannya itu, Khairul Aming berkata, ia berkonsepkan restoran yang luas dan mampu menampung lebih 250 pelanggan dalam satu masa.
“Kita pilih konsep semi ‘glass-house’ dua tingkat bagi menampung orang ramai dari serata negara. Elementa adalah suasana kampung di tengah kota raya.
“Kita nak, bila pelanggan masuk ke dalam restoran ini, ia akan beri satu pengalaman ‘dine-in’ lain daripada yang lain. Kita mahu pelanggan teringatkan kampung,” katanya.
Khairul Aming berkata dengan pembukaan restorannya itu. Ia turut membuka peluang pekerjaan kepada 50 anak tempatan.
“Mereka ini semua tidak tahu bahawa restoran ini milik KA, mereka hanya datang temuduga dah lulus baru mereka tahu,” katanya.
Video di bawah KA menerangkan tentang cara untuk ke Restoran miliknya
Sumber Video : KA




