Van Pembawa Makanan Hilang Kawalan, Rempuh Tapak Perhimpunan Sekolah.
“Saksi menyatakan suasana menjadi kecoh dengan jeritan murid apabila ramai yang cuba menyelamatkan rakan-rakan mereka yang terperangkap di bawah kenderaan tersebut.”
Jakarta, 11 Disember 2025 – KHALIFAH MEDIA NETWORKS : Suasana pagi di sebuah sekolah rendah di Jakarta Utara bertukar panik. Apabila sebuah van pembawa makanan tiba-tiba hilang kawalan dan menerjah tapak perhimpunan murid. Sehingga menyebabkan beberapa pelajar serta seorang guru cedera dalam kejadian yang berlaku ketika sesi bacaan pagi sedang berlangsung.
Insiden itu dilaporkan berlaku sekitar 6.30 pagi waktu tempatan. Ketika murid-murid sedang berkumpul untuk program literasi sebelum sesi pembelajaran rasmi bermula. Van yang membawa makanan bagi program nutrisi sekolah dilihat memasuki perkarangan untuk membuat penghantaran. Namun secara tiba-tiba meluncur laju ke arah kawasan perhimpunan.
Saksi menyatakan suasana menjadi kecoh dengan jeritan murid apabila ramai yang cuba menyelamatkan rakan-rakan mereka yang terperangkap di bawah kenderaan tersebut. Guru dan kakitangan sekolah segera bertindak menarik mangsa keluar sebelum pasukan kecemasan tiba di lokasi.
Pihak sekolah mengesahkan bahawa lebih 17 murid dan seorang guru cedera dalam insiden berkenaan. Semua mangsa kemudian dihantar ke beberapa fasiliti kesihatan termasuk Hospital Umum Cilincing, Hospital Wilayah Koja dan Pusat Kesihatan Komuniti Cilincing II untuk menerima rawatan lanjut.
Menurut laporan awal, pemandu dipercayai tersalah memijak pedal minyak ketika cuba memberhentikan kenderaan. Menyebabkan van itu merempuh pagar sekolah sebelum memasuki kawasan perhimpunan pelajar. Polis kini menjalankan siasatan terperinci terhadap pemandu serta kelindan van untuk mengenal pasti punca sebenar dan menilai kemungkinan wujudnya unsur kecuaian.
View this post on Instagram
Kejadian tersebut turut mengundang rasa simpati dalam kalangan warga sekolah dan masyarakat setempat. Lebih-lebih lagi kerana ia melibatkan anak-anak kecil yang baru memulakan rutin harian.
Pihak keselamatan serta pentadbiran sekolah kini bekerjasama rapat bagi memastikan semua mangsa menerima rawatan sewajarnya. Serta merangka langkah keselamatan tambahan bagi mengelakkan tragedi seperti ini berulang pada masa hadapan.
Sumber : IDN TIMES




