Suami Isteri Maut Ketika Dalam Perjalanan Hantar Anak Lapor Diri Ke Kem Tentera.
“Tragedi ini mengundang pilu keluarga dan masyarakat. Apabila ia berlaku dalam misi penting pasangan itu untuk menghantar anak mereka memulakan perjalanan baharu dalam kerjaya ketenteraan.”
Perjalanan sepasang suami isteri untuk menghantar anak mereka lapor diri di sebuah kem tentera bertukar tragedi. Apabila kedua-duanya maut dalam satu kemalangan ngeri di Jalan Bentong – Gombak malam semalam.
Dalam kejadian kira-kira 8.20 malam. Kereta Proton Iswara dinaiki pasangan itu bertembung dengan sebuah Mercedes Benz yang dipercayai memasuki lorong bertentangan ketika melalui kawasan selekoh.
Impak pelanggaran kuat itu menyebabkan pasangan berkenaan meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah. Anak mereka, yang turut berada dalam kereta, mengalami kecederaan serius dan kini dirawat di hospital.
Siasatan awal mendapati kereta mewah tersebut dipercayai terbabas ke laluan bertentangan sebelum bertembung secara berdepan dengan kenderaan mangsa.
Orang ramai yang berada berhampiran lokasi kejadian membantu menghubungi pihak berkuasa sebelum pasukan perubatan dan polis tiba.
Pemandu Mercedes-Benz itu, seorang lelaki dewasa, telah ditahan bagi membantu siasatan. Ujian air kencing yang dijalankan terhadapnya menunjukkan keputusan negatif.
Namun pihak polis telah mengambil sampel darah untuk ujian toksikologi bagi menentukan sama ada terdapat sebarang bahan terlarang atau alkohol.
Kes kini disiasat mengikut peruntukan undang-undang melibatkan pemanduan berbahaya sehingga menyebabkan kematian.
Tragedi ini mengundang pilu keluarga dan masyarakat. Apabila ia berlaku dalam misi penting pasangan itu untuk menghantar anak mereka memulakan perjalanan baharu dalam kerjaya ketenteraan.
Ramai netizen dan penduduk setempat turut menyuarakan rasa simpati terhadap nasib anak pasangan tersebut yang menyaksikan kehilangan ibu dan bapa serentak dalam kejadian menyayat hati itu.
Pihak berkuasa menasihatkan pengguna jalan raya agar sentiasa memandu cermat terutama pada waktu malam. Serta berhati-hati ketika melalui kawasan selekoh yang sering menjadi lokasi kemalangan.
Sumber : BH




