Ilmu hitam

Bila Bomoh Ilmu Hitam Mati, Jenazahnya Buat Orang Kampung Trauma.

“Mata bomoh tersebut sepertinya berubah menjadi semakin besar dan menonjol. Semua orang ada ketakutan.”


Ilmu hitam adalah ilmu yang sangat dilarang dalam agama. Kami ingin kongsikan satu threads yang dikongsikan oleh seorang pengguna @mizzbella_7 yang menceritakan tentang kisah kematian seorang bomoh yang mengamalkan ilmu hitam.

Jom ikuti kisah seram di bawah.

Gaiss.. Dulu kan, dekat kampung kami ada seorang bomoh paling di takuti. Suka menguji kekuatan ilmu hitam dia pada orang yang tak berdaya atau orang biasa.

Kalau dia buat, satu kawasan berdekatan dengan rumah dia akan mengalami sakit jantung lalu meninggal. Dia juga ada toyol di bela, tapi bukan untuk mencuri harta atau wang. Tetapi menggunakan toyol itu untuk membunuh orang yang dia suruh.

Kejadian ini dah berlalu pada tahun 1998. Suatu hari si bomoh hebat ni meninggal dengan keadaan mengerikan di dalam biliknya sendiri.

Dia ada jer keluarga tapi  tak ada sorang pun nak stay dengan dia. Jadi masa upacara menguruskan jasad bomoh ni.

Ilmu Hitam

KAKI JENAZAH BOMOH MEMANJANG

Bermulalah berlaku sesuatu yang amat menakutkan. Apabila bermulanya di ruang dapur yang suram, terdengar suara ketawa yang garau dan bunyi-bunyian dari dapur seakan-akan di ketuk dengan kuat pada dinding rumah.

Masa menguruskn jasad si bomoh ini tadi, macam-macam yang terjadi. Kakinya tiba² memanjang, jari dan kepalanya. Orang² kampung mula tak senang hati, lalu bercadang ingin meletakkan jasadnya ke dalam keranda.

Namun lain jadinya, keranda itu tidak muat pula, kerana saiz badannya telah berubah. Suasan cuaca tiba² berguruh walaupun tidak hujan. Atap rumah seakan² hendak tercabut apabila di landa ribut kuat dari luar.

Mata bomoh tersebut sepertinya berubah menjadi semakin besar dan menonjol. Semua orang ada ketakutan. Dah tentu jasad bomoh tersebut hendak berubah menjadi hantu tinggi.

Ilmu hitam

PAPAN KERANDA TERBUKA

Ketika menyimpan jasad bomoh tersebut ke dalam keranda. Kakinya terpaksa di lipatkan. Dan sepanjang proses menyimpan jasadnya. Lantai papan dari bawah terangkap satu persatu dan seperti ada sesuatu mengetuk dengan keras dari bawah.

Semua orang ketakutan dan tiada seorang pun berani berkurung dalam rumah panjang tersebut. Semasa proses menutup keranda. Ada sorang atok ni dia bukan bomoh tapi pandai mengamal perubatan ghaib. Dia lah yang membantu orang² di situ menguruskan jasad bomoh tersebut. Dan dia persembahkan dengan satu mantra yang tak seorang pun tahu maksudnya.

Setiba mantra habis di baca, barulah keranda boleh di tutup dengan sempurna. Cuaca pun merubah pulih seperti biasa. Itu lah sejarah hitam dekat kampung tu.

Share.
Leave A Reply