Aku Eksiden Dengan Rider Grab. Tapi Apa Yang Jadi selepas tu Buat Aku Menangis.
“Aku sentap kejadian semalam dan merungut kenapa la aku eksiden harini.”
Kadang-kadang kita menyangka sesuatu musibah itu hanya membawa marah dan kerugian. Kita merungut, kita persoalkan kenapa ia berlaku pada hari itu, saat itu. Namun tanpa kita sedari, Allah sedang menyusun satu pertemuan yang penuh hikmah.
Kisah ini bukan tentang kemalangan semata-mata, tetapi tentang hati yang diuji, rezeki yang Allah salurkan dengan cara yang tidak disangka, dan seorang anak yang berjuang demi ibunya. Jom sambung baca kisah di bawah.
Gais. Salam. Aku nak share story. Semalam aku eksiden. Budak grab langgar. Lepas langgar tu berhenti la we both kat sode road. Aku memang la panas hati, sebab kereta rosak disebabkan kecuaian org lain. Tapi budak tu tak benti-benti minta maap kat aku. Dia ngaku salah dia.
And part yang aku paling kesian dia cakap dia tak ada duit pun nak ganti. Even nak hulur kat aku pun dia takde. Aku perhati juga kot dia menipu. Tapi dia memang terduduk kat divider macam menung mikir. Sudahnya aku cakap kene buat report. Dia setuju. Aku cakap aku taknak dia ganti. Aku nak dia buat report je.
Dipendekkan cerita, kami selesai buat report. Masa depan balai tu aku sembang dengan dia.. ni lagi satu buat aku touching.

Pengakuan Yang Buat Hati Jadi Sayu
Aku tanya harini banyak tak order, dia jawab belum lagi baru on grab tiba eksiden. Dia juga kata motor dia baru beli tak sampai sebulan. Sebab sebelum ni dia pakai motor lama. Rosak.
And aku tanya, habis tu ni nak sambung order ke? Dia jawab tak lah kak, saya nak balik la teman mak. Aku tanya mak duduk dengan siapa? Dia jawab mak duduk sorang, saya anak tunggal.
Aku tanya ayah mana? Ayah dia rupanya dah meninggal sejak dia usia 5 tahun. Mak dah tak kerja sebab dah berusia.
Aku tanya lagi, awak takda order ye harini? Dia cakap takde kak. Bukan rezeki saya hari ni. Takpa esok ada lagi. Aku sangat la sedih,aku rasa hidup aku diduga dengan ujian berat, rupanya ada lagi yg hebat dari aku. Allah.

Rezeki Yang Datang Tanpa Disangka
Aku hulur dia dalam 150 camtu. Aku cakap ambil duit ni ganti gaji awak hari ni. Dia mati-mati menolak, dia kata dia yang langgar, kenapa aku yang kene bagi duit.
Aku cakap tak apa. Ada sebab benda ni jadi. Aku paksa dia ambil juga. Aku cakap awak masih ada mak yang perlu dibagi makan. Ambil duit ni pergi balik terus. Budak tu tunduk, dia macam sedih.
Dia cakap terima kasih banyak kali kat aku. Dia kata nanti dia senang dia singgah rumah. Aku pesan supaya bawa motor elok-elok sbb ada mak yang tunggu dia kat rumah. Dia angguk paham. Banyak kali ucap terima kasih. Aku sedih.
Aku sentap kejadian semalam dan merungut kenapa la aku eksiden grab harini. Kuasa Allah aturkan eksiden tu berlaku. Rupanya aku nak ditemukan dengan budak ni, Allah uji aku sebenarnya.
Aku doa moga baik-baik hidup budak ni dengan maknya. Moga murah rezeki dan moga dia sekeluarga dipelihara sentiasa. Sekian cerita aku.. tq sudi baca.

Sumber : Threads @_nurzahidah




