Sakit Pelik Lepas Balik Dari Siam, Pengakhiran Yang Tak Disangka.

“Asal waktu Asar mula menjerit kata nampak hantu. Lepas tu ada ketikanya, arwah ni akan berjalan macam ular atas lantai.”


Setiap kali menerima panggilan untuk menguruskan jenazah, aku sentiasa anggap ia satu amanah besar yang perlu dilakukan dengan tenang dan penuh hormat. Namun, tidak semua jenazah membawa kisah yang biasa. Ada yang hadir bersama pengajaran berat, membuka mata dan menggoncang perasaan orang yang menghadapinya.

Kisah ini bukan bertujuan mengaibkan sesiapa, tetapi sebagai peringatan tentang ujian hidup, takdir yang tidak boleh dilawan, dan pengakhiran yang seharusnya menjadi iktibar buat yang masih bernyawa.

Apa yang aku alami hari itu adalah pengalaman paling sukar aku lupakan, kerana jenazah yang hampir aku mandikan itu rupanya menyimpan satu rahsia besar, dan lebih mengejutkan… Dia adalah kawan lama aku sendiri.

Jenazah Tanpa Waris Dan Kematian Misteri

Korang aku nak share kisah hampir mandikan jenazah pondan! Paling sedih itu kawan aku sendiri! Rupanya dia sakit misteri lepas balik dari Siam!

Macam biasa panggilan dari hospital untuk memandikan jenazah. Aku pun pergilah, kali ni aku sorang ja tanpa kakak aku. Sampai bilik mayat ada tiga lagi team yang sampai. Jadi kami berempat, selalunya ada waris yang ikut serta, kali ni xda langsung.

Aku pun tanyalah ustazah jenazah sakit apa sebab kematiannya apa? Ustazah cakap sakit misteri sampai jam 2pagi tadi lepas subuh meninggal. Aku pun owhhh sambil sedekah Al fatihah dan mohon di mudahkan urusan kali ni.

Sampai masa jenazah di keluarkan dari peti mati, dua orang pembantu lelaki tolong letakkan jenazah di atas papan mandian. Lepas tu dorang keluar.

siam siam

Saat Kain Diselak, Hati Jadi Tak Sedap

Ustazah pun macam biasa akan memulakan dengan sedikit doa lepas tu dia selak kain dari kepala hingga ke kaki. Waktu tu aku di bahagian kepala, aku pandanglah muka jenazah, macam biasa nampak lepas tu aku beralih ke bahagian dada untuk tengok muka lebih jelas. Waktu aku nampak muka jenazah tu darah aku macam naik ke muka perut aku rasa senak!

Aku suruh stop kan dulu Aktiviti nak mandikan jenazah. Aku tanya nama dia dekat ustazah, ustazah pun bagitau lah nama dia si anu binti Abdullah. Aihh aku pelik.

Aku perati betul2 muka dia memang nampak ada kesan kesan bulu muka di bahagian dagu. Kemudian aku cakap kejap, aku nak pastikan sesuatu. Aku keluar dan tanya dua lelaki yang betugas di sana.

Aku cakap boleh tengok tak details jenazah. Lepas tengok mengucap panjang aku. Macam mana boleh tersilap macam ni.

siam siam

Identiti Sebenar Yang Mengejutkan

Aku called bahagian emergency tanyalah pasal jenazah ni kan semua details dia, dan tanya waris kalau ada. kebetulan ada sorang ja waris dia yang hadir. Bila waris di panggil saya tanya betul ke nama si anu ni ialah… Dia jawab ya betul. Jantina dia lelaki kan? ya betul. Maknanya dia tu pondan? Ya betul kata waris.

Allah! aku tepuk dahi. Last aku tanya sedara awak tu sekolah di…..ya betul katanya. Memang sah dia kawan sekolah aku!

Aku pun masuk balik bilik jenazah dan bagitau ustazah apa yang jadi. Mengucap panjang ustazah. Sebab kalau tengok memang 300% macam perempuan tulin, semua lengkap! kira operasi yang dia buat memang jadi tanpa cela.

Tapi itulah kuasa Allah kan. Kami pun hubungilah pihak berkenaan nak bagitau kes ni. Masa nak masukkan balik mayat tu ke dalam peti ais, kawan aku cuit ada bau tak? Aku yang mula x perasan mula tajamkan deria. Memang betul ada bau pelik, tapi aku tak tau bau apa. macam bau najis orang cirit tu. kami diam ja dan keluar lah.

Waris Dedahkan Kisah Sakit Pelik Lepas Balik Dari Siam

Aku jumpa balik waris tadi dan tanya apa sakit arwah ni. Dia kata dah tiga bulan sakit pelik lepas balik dari Siam. Arwah ni ke siam untuk beli satu ilmu katanya. Entah ilmu apa. Balik ja dari Siam perangai jadi pelik.

Asal waktu Asar mula menjerit kata nampak hantu. Lepas tu ada ketikanya, arwah ni akan berjalan macam ular atas lantai. Habis waktu magrib arwah ni akan diam macam orang delulu. Waris ni cakap sejak arwah bertukar jantina.

Bau Aneh Dan Tanda-Tanda Yang Sukar Dijelaskan

family dia dah buang dia, arwah ni pernah berkahwin dengan sejenis dia lepas dia tukar jantina. Tapi berpisah atas sebab yang waris ni xtau. Jadi sejak arwah ni sakit memang dia lah yang jaga. Ada satu malam tu waris kata arwah ni macam pelik. Mengaru garu bahagian intim sampai luka dan berdarah. Sambil mengeluarkan kata kata yang x baik. Lepas tu bau busuk yang xboleh di kata satu rumah. Semalam arwah tu pengsan jadi waris ni bawa lah ke emergency.

Tapi lepas subuh meninggal tanpa sempat waris ni berjumpa. Waris kata dia dah khabar kan pada family dorang tapi sorang pun xda respon.

Mak bapa arwah pun berdiam diri. Lepas ja waris ni cerita dia pun masuk lah ke bilik mayat tadi sebab nak ikut serta mandikan jenazah. Sempat juga aku tanya kenapa tak bagitau hal sebenar pada pihak hospital kan bahaya. Waris ni kata dia macam binggung dan tak terfikir apa lagi.

Hikmah Di Sebalik Pengakhiran Yang Menyedihkan

Sebenarnya inilah ujian buat kita semua. Satu hal yang aku bersyukur Allah jadikan aku tukang mandi jenazah pada kali ni bersebab.

Satu Allah nak jantina kawan ni di ketahui umum dan nak bagi satu pengajaran pada aku dan kita semua. Jangan derhaka pada ibu bapa dan jangan melawan takdir Allah. Akhir sekali jangan memondan!
oh ya! arwah dulu athlete sekolah, cergas dan sehat tubuh badan, wajah pun boleh tahan. Tapi tak sangka pengakhiran dia macam ni. Al Fatihah terima kasih korang sudi tunggu dan baca.

Sumber : Threads @reenkhairf

Share.
Leave A Reply