Tular Video Sekumpulan Pekerja Kilang Lari Panjat Pagar. | SHAH ALAM – Sekumpulan pekerja yang tular dikatakan memanjat pagar dari sebuah premis menjalankan perkhidmatan kurier di Seksyen 22 bukan disebabkan operasi penguatkuasaan sebaliknya panik bunyi penggera kebakaran.

Kejadian berlaku antara pukul 4.30 hingga 5 petang tadi sebelum tular di laman sosial menerusi satu video berdurasi 56 saat.

Berdasarkan video tersebut, perakam berkenaan menyatakan operasi berlaku di kilang berkenaan sehingga menyebabkan pekerja sanggup melompat pagar sebelum mereka melarikan diri kawasan perumahan.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, siasatan mendapati kejadian berlaku disebabkan masalah pada penggera kebakaran.

Katanya, hasil pengesahan daripada ketua keselamatan premis itu juga mendapati mereka dalam proses pemeriksaan sistem pendawaian.

“Bunyi penggera itu menyebabkan pekerja panik dan lari keluar kerana risau ada kebakaran.

“Tambahan, tiada sebarang operasi yang dijalankan di syarikat tersebut oleh pihak polis atau mana-mana agensi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau menjelaskan syarikat tersebut baharu sahaja diambil alih oleh sebuah syarikat berasaskan logistik pada 1 Jun lau.

“Memandangkan syarikat itu baharu sebulan beroperasi, ramai pekerja dan pengurusan belum di dedahkan dengan ilmu latihan kebakaran.

“Ini termasuk lokasi berhimpun dan pelan tindakan kecemasan atau kebakaran,” jelasnya.

Sumber : Kosmo

Share.

Leave A Reply