Tun Sakaran Dandai Meninggal Dunia Akibat Covid-19 | Belasungkawa diucapkan buat bekas Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Sakaran Dandai selepas beliau telah disahkan meninggal dunia sekitar jam 6 pagi, baru-baru ini.

Tun Sakaran Dandai Meninggal Dunia Akibat Covid-19

Perkhabaran sedih tersebut telah disampaikan oleh Datuk Seri Nasir Sakaran yang merupakan anak ketiga beliau sebentar tadi.

Jelasnya, perkara tersebut telah disampaikan oleh pihak hospital kira-kira jam 6 pagi hari ini dan jenazah bakal diuruskan di Masjid Negeri serta dimaklumkan akan dimakamkan di Makam Pahlawan.

Sebelumnya, Allahyarham, 91 tahun, dilaporkan dimasukkan ke sebuah hospital swasta sejak 18 Ogos susulan dijangkiti COVID-19.

Sakaran yang berasal dari Semporna, Sabah dikatakan pernah berkhidmat sebagai Yang Dipertua Negeri Sabah ke-8 iaitu bermula pada 1 Januari 1995 sehingga 31 Disember 2002.

Beliau juga sebelumnya dikatakan pernah menjawat jawatan Ketua Menteri Sabah ke-8 pada tahun 1994.

Sumber: Harian Metro

Share.

Leave A Reply