Ular Sawa Batik Menyorok Dalam Enjin Kereta | Seekor ular sawa batik sepanjang dua meter dilaporkan telah ditemui di dalam enjin kereta jenis Proton Iswara di Seksyen 18 di sini, baru-baru ini.

Ular Sawa Batik Menyorok Dalam Enjin Kereta

Pemilik kereta, Zainy Kasiran, 58, berkata, kehadiran ular sawa itu disedari jirannya yang melihat reptilia itu menyelinap ke bawah keretanya yang diletakkan di depan rumah sekitar jam 8.30 pagi.

Menurutnya, pihak bomba dihubungi bagi membantu mengeluarkan reptilia tersebut.

Difahamkan, hampir 30 minit masa diambil oleh pihak bomba bagi mengeluarkan ular yang membelit pada bahagian enjin kereta.

Zainy yang bekerja sebagai pemandu lori berkata, kejadian sama pernah berlaku hampir tiga kali di sekitar kawasan perumahan tersebut.

Ulasnya, kawasannya itu tidak terlibat banjir pada 18 Disember lalu namun kawasan ini dikelilingi kawasan banjir. Dia memaklumkan bahawa tidak pasti sama ada ular tersebut tersesat atau mungkin datang dari sungai berhampiran.

Sumber: Sinar Harian

Share.

Leave A Reply