US Luluskan 18 Penjualan Helikopter Perang Kepada Israel Dengan Nilai 3.4billion USD | Amerika Syarikat baru-baru ini telah meluluskan penjualan 18 buah helikopter perang kepada Israel dengan nilai 3.4 billion USD, menurut kenyataan yang dikeluarkan pada hari Jumaat lalu.
Menurut kenyataan itu, Israel akan menerima 18 helikopter jenis CH-53K untuk menggantikan skuadron Yasur yang sudah tua.
Ia juga merangkumi enjin, sistem navigasi, persenjataan, peralatan sokongan, alat ganti dan sokongan teknikal.
Lockhead Martin Corp dan Israel General Electric Co adalah kontraktor utama bagi penjualan tersebut, lapor akhar Israel Haaretz.
“Amerika Syarikat komited untuk keamanan Israel dan sangat penting bagi kepentingan nasional AS untuk membantu Israel mengembangkan dan mengekalkan kemampuan bagi mempertahankan diri” maklum AS.
“Ini juga penting bagi kemampuan IDF untuk melakukan berbagai kegiatan operasi” lapor The Jerusalem Post.
Keputusan itu dibuat berdasarkan penilaian profesional yang meliputi penerbangan uji di semua pesawat yang dicadangkan, serta pemeriksaan menyeluruh mengenai berbagai alternatif dari segi kejuruteraan, teknologi, penyelenggaraan dan pertimbangan lain,” tambah Gantz.
Pada bulan Februari, Israel mengumumkan bahawa ia akan membeli satu skuadron CH-53K di atas B-Binging CH-47, untuk menggantikan armada helikopter Yasur di Pangkalan Udara Tel Nof.
Sumber : Middle East Monitor