Usahawan Kosmetik Terkenal Buat IG ‘Live’ Sambil Makan Durian Ramai-Ramai, Polis Buka Kertas Siasatan | Polis membuka kertas siasatan terhadap seorang selebriti kosmetik berhubung siaran langsung jamuan durian bersama beberapa individu yang tular di media sosial, pada Jumaat.

Usahawan Kosmetik Terkenal Buat IG 'Live' Sambil Makan Durian Ramai-Ramai, Polis Buka Kertas Siasatan

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superitendan Ku Mashariman Ku Mahmood berkata, polis memulakan siasatan ke atas selebriti itu selepas tangkap layar video terbabit tular di media sosial.
Beliau memberitahu, siasatan awal mendapati selebriti itu melanggar prosuder operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara yang dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
“Pada 30 Julai lalu, lebih kurang 1.10 tengah hari, tular satu tangkap layar yang tular di media sosial memaparkan seorang selebriti pengusaha kosmetik bersama-sama beberapa individu menjamu durian.

Usahawan Kosmetik Terkenal Buat IG 'Live' Sambil Makan Durian Ramai-Ramai, Polis Buka Kertas Siasatan

“Tangkap layar itu telah dikongsi lebih 4,000 kali media sosial,” katanya dalam kenyataan di sini, pada Sabtu.

Mengulas lanjut, Ku Mashariman memaklumkan polis menerima laporan berhubung insiden itu kira-kira pukul 4 petang, Sabtu.
“Kita akan panggil pengusaha kosmetik itu dalam masa terdekat,” jelasnya.
Siasatan kes itu dijalankan mengikut Peraturan 17 (1) Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit, Pelan Pemulihan Negara 2021 dan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia.
Beliau turut mengesahkan selebriti itu popular dan mempunyai ramai pengikut di media sosial.
Sehubungan itu, Ku Mashariman menasihati orang ramai supaya sentiasa mematuhi SOP Pelan Pemulihan Negara.
“Orang ramai juga dingatkan supaya berhati-hati memuat naik atau berkongsi apa-apa kenyataan atau kandungan di media sosial supaya tidak menimbulkan spekulasi yang boleh mendatangkan fitnah atau kemudaratan kepada ketenteraman awam,” katanya.

Usahawan Kosmetik Terkenal Buat IG 'Live' Sambil Makan Durian Ramai-Ramai, Polis Buka Kertas Siasatan

Usahawan Kosmetik Terkenal Buat IG 'Live' Sambil Makan Durian Ramai-Ramai, Polis Buka Kertas Siasatan

Sumber : Twitter, Astro Awani

Share.

Leave A Reply