Utamakan Vaksin Kepada Petugas Barisan Hadapan Bahagian Pelancongan

| June 9, 2021 | 0 Comments

Utamakan Vaksin Kepada Petugas Barisan Hadapan Bahagian Pelancongan | Keutamaan bagi mendapatkan vaksin c0vid-19 akan diberikan kepada empat kumpulan petugas barisan hadapan sektor pelancongan yang bertugas sepanjang tempoh pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) 3.0. Mereka ini akan diberikan vaksin di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

Utamakan Vaksin Kepada Petugas Barisan Hadapan Bahagian Pelancongan

Menurut Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), fasa pertama pemberian vaksin itu membabitkan petugas hotel yang dijadikan pusat kuarantin dan tenaga kerja hotel beroperasi sepanjang PKP penuh ini. Selain itu, Ia turut membabitkan kakitangan industri penerbangan yang masih bertugas serta petugas pusat mesyuarat, insentif, persidangan dan pameran (MICE) yang dijadikan pusat pemberian vaksin (PPV).

Perancangan ini akan dimulakan  selepas proses vaksinasi di bawah PICK membabitkan petugas barisan hadapan perubatan dan golongan berisiko tinggi selesai. Fasa seterusnya akan melibatkan mereka yang berada dalam sub sektor lain di bawah MOTAC berdasarkan kelonggaran pengoperasian sektor ekonomi selepas PKP 3.0.

Menterinya Nancy Shukri berkata, komitmen itu boleh menjadi pemangkin untuk industri pelancongan kembali bangkit dan membantu negara mempercepatkan fasa pemulihan ekonomi. Menerusi Biro Pameran dan Persidangan Malaysia (MyCEB) MOTAC turut komited menawarkan pusat persidangan dan pamerannya sebagai PPV bagi meningkatkan kadar vaksinasi.

Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC), Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor di Johor Bahru, Pusat Konvensyen Setia Spice dan Pusat Konvensyen Seberang Perai Arena di Pulau Pinang, Pusat Konvensyen Borneo Kuching, Dewan Konvensyen Sultan Haji Ahmad Shah serta Dewan Konvensyen Majlis Daerah Bera di Pahang akan turut sama terlibat.

Langkah ini boleh membantu Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi serta Kementerian Kesihatan melancarkan proses pemberian vaksin di seluruh negara.

Sumber: Free Malaysia Today

Tags: , , ,

Category: INFORMASI, KESIHATAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *