Varian Afrika Selatan Mula Dikesan Di Thailand, Sempadan Negara Mula Diperketatkan | Thailand kini telah berjaya mengesan varian Covid-19 Afrika Selatan yang sudah memasuki negara tersebut selepas ia dikatakan berpunca daripada rentas sempadan secara haram.
Kes pertama melibatkan varian jenis B.1.351 telah dikesan pada seorang lelaki tempatan berusia 32 tahun yang dikhabarkan menerima kunjungan keluarga dari Malaysia menggunakan ‘lorong tikus.”
Menurut Pengarah Jabatan Kawalan Penyakit, Opas Karnkawinpong dalam satu kenyataan, pergerakan orang ramai kini telah dihadkan kepada daerah-daerah yang terjejas akibat varian tersebut.
Sehingga kini, Thailand dilaporkan menerima 2 kes daripada 81 kes keseluruhan melibatkan varian Afrika Selatan yang telah dikesan pada awal mei yang lalu. Varian jenis Afrika Selatan tersebut dikatakan serupa seperti yang terdapat di negara Malaysia.
Walaupun telah wujudnya kebimbangan terhadap varian tersebut selepas ia dikatakan dapat mengancam keberkesanan Covid-19, Opas menjelaskan bahawa program inokulasi besar-besaran adalah efektif dalam mengurangi tahap keseriusan dan kadar kematian akibat penyakit ini.
Kerajaan Thailand dilaporkan akan mengumumkan akan meningkatkan tenaga kerja, pusat pemeriksaan dan pengawasan di sepanjang sempadan darat dan memerintahkan para pegawai agar lebih tegas dalam isu pendatang tanpa izin.
Pihak berkuasa juga bakal melaksanakan larangan pergerakan pekerja di tapak pembinaan setelah 11 kem dikesan antara 30 kluster aktif di ibu negara Thailand.
Syarikat-syarikat pembinaan turut diminta untuk untuk menjaga pekerja mereka dengan menyediakan makanan dan peruntukan dalam tempoh ini bagi mengikut saranan pasukan petugas COVID-19.
Dilaporkan terdapat sekitar 409 kem pekerja di sekitar Bangkok di mana 62,169 pekerja tinggal manakala separuh daripadanya merupakan buruh migran. Sekatan pergerakan juga kini telah dikenakan di pasar dan pusat panggilan di sekitar Bangkok bagi mencegah penularan wabak Covid-19.