Tindakan memarkir kenderaan sesuka hati di laluan yang tidak sepatutnya pasti membuatkan ramai pemandu geram.
Bukan hanya menyusahkan orang lain, malah turut boleh menyebabkan lalu lintas tergendala.
Sama seperti perkongsian video yang diperoleh daripada akaun Twitter Isu Semasa Viral apabila memuat naik kembali rakaman TikTok milik @ayin8686.
Video itu memperlihatkan sebuah bas melanggar kenderaan mewah model Toyota Vellfire yang diparkir di tempat yang tidak sepatutnya.
Kejadian itu dikatakan berlaku di pintu masuk pusat beli-belah Mid Valley di mana kawasan itu bukanlah kawasan meletakkan kenderaan.
Disebabkan itu, kereta Vellfire tersebut mengalami kerosakan dan bahagian tepinya remuk dilanggar bas yang melalui kawasan itu.
Meninjau ruangan komen di Twitter tersebut, kebanyakan netizen meluahkan perasaan puas hati.
Malah, langsung tidak bersimpati dengan nasib yang menimpa pemilik kereta Vellfire berkenaan.
Mana tidaknya, kesalahan itu berpunca dari diri pemandu kereta itu sendiri yang sengaja meletakkan kenderaan di kawasan yang jelas bukan tempatnya.
Sumber: Oh My Media