Video Anjing Setia Menanti Tuannya Yg Telah Meninggal Dunia. | Seekor anjing malang di China enggan makan dan minum kerana setia menunggu tuannya untuk kembali. Rakaman video menunjukkan anjing tersebut kelihatan sedih dan tidak berdaya sambil terbaring di tanah yang dipenuhi dengan surat khabar.
Menurut laporan, anjing tersebut dipercayai menunggu kepulangan tuannya kembali sejak tuannya meninggal. Pemilik anjing tersebut merupakan seorang octogenarian yang telah menjaganya selama 15 tahun.
“Sejak lelaki tua itu tiada, anjing itu tidak ingin makan dan minum malah terbaring di kawasan sampah,” kata penduduk setempat.
“Tuannya telah menjaganya selama 14 hingga 15 tahun. Anjing tersebut berkelakuan seperti itu kerana mempunyai sifat kesetiaan,” tambahnya lagi.
Namun begitu, video yang dimuat naik bertujuan untuk menyeru orang ramai untuk sama-sama membantu anjing tersebut.
Sumber : Siakapkeli