(Video) Cabut ‘Gelang Pink’ Sebab Nak Keluar Dari Rumah, Gadis Dikompaun RM 5000 | Baru-baru ini, tular sebuah video di Twitter mengenai seorang remaja perempuan menaggalkan gelang kuarantin untuk keluar bersiar-siar dari rumah.

(Video) Cabut 'Gelang Pink' Sebab Nak Keluar Dari Rumah, Gadis Dikompaun RM 5000

Tindakan remaja itu akhirnya membawa padah dan dikompaun sebanyak RM 5000. Dilaporkan kejadian tersbut berlaku di Kamunting, Taiping dan pihak polis telah mengesan remaja tersebut.

Menurut Ketua Polis Daerah Taiping, remaja tersebut dikatakan menjalani ujian calitan pada Sabtu lalu dan keputusannya masih belum diperolehi. Remaja itu juga dikatakan hanya singgah di rumah rakannya di kawasan berkenaan dan menanggalkan gelang kuarantin tersebut tanpa kebenaran Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Kompaun dikenakan kerana remaja itu melakukan kesalahan di bawah Peraturan 16 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPPPB) (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Pelan Pemulihan Negara) 2021.

Mana-mana individu yang didapati sengaja melanggar peraturan yang ditetapkan akan diambil tindakan sewajarnya di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

Pihak polis menasihatkan masyarakat agar supaya mematuhi SOP bagi memerngi wabak Covid-19.

May be an image of text

May be an image of text that says 'PIHAK POLIS MENASIHATI MASYARAKAT SUPAYA MEMATUHI SOP BAGI MEMERANGI WABAK COVID-19. MANA-MANAI INDIVIDU YANG DIDAPATI SENGAJA MELANGGAR PERATURAN YANG DITETAPKAN, AKAN DIAMBIL TINDAKAN SEWAJARNYA DI BAWAH AKTA PENCEGAHAN DAN PENGAWALAN PENYAKIT BERJANGKIT 1988 (AKTA 342). (OSMAN BIN MAMAT) ACP KETUA POLIS DAERAH TAIPING -TAMAT- (Dikeluarkan pada 2 OGOS 2021 @ 2330HRS) POLIS DIRAJA'

Sumber : Twitter, Polis Daerah Taiping

Share.

Leave A Reply