Polis menyiasat kes penderaan seorang gadis berumur 14 tahun yang rambutnya dicukur botak sebelum dibawa berarak seperti seorang penjenayah di Kampung Tatelu, Minahasa Utara, Sulawesi Utara, Indonesia.
Ketua Perhubungan Awam Polis Minahasa Utara, Ennas Firdaus berkata, pihaknya menyoal siasat empat orang yang disyaki menjadi suspek dalam kes tersebut.
Menurutnya, seorang lagi pelaku yang masih di bawah umur masih belum disiasat buat masa ini.
“Mengikut laporan polis, terdapat lima orang dilaporkan terlibat dalam insiden tersebut. Empat daripadanya sudah disoal siasat, cuma pelaku di bawah umur belum tampil bekerjasama dengan polis,” katanya.
Firdaus tidak menolak akan memanggil lebih ramai individu yang disyaki terlibat dalam kes berkenaan.
Terdahulu, tular rakaman video yang menunjukkan mangsa dibuli dengan rambutnya dicukur botak.
Kelihatan tangannya diikat dengan seutas tali ketika beberapa remaja lain menggunting dan mencukur rambut mangsa.
Dia kemudian dibawa berarak secara berkaki ayam dan tangan terikat di sepanjang jalan sambil diperhatikan orang awam.
Pelaku turut bertindak memalukan mangsa dengan menggantung kad di lehernya dengan tulisan berbunyi, ‘Saya Aurelia dah ba pancuri’ bermaksud ‘Saya Aurelia si pencuri.’
Difahamkan, mangsa menerima layanan sedemikian kerana dituduh mencuri telefon bimbit.
@majoritiofficial Min geram sebab diorang tak ada bukti dan main tuduh macam tu saja. Tak boleh lah tengok habis. VIDEO PENUH DALAM ARTIKEL #beritaditiktok #trendingtiktokmalaysia #trendingnewsmalaysia #fyp #aurelia
Sumber: Majoriti
Baca Juga: Padah Curi Dua Beg Ayam Mentah, Lelaki Direman 3 Hari
Seorang lelaki berusia 50 tahun ditahan reman selama tiga hari bermula hari ini kerana mencuri dua beg berisi ayam mentah seberat 3 kilogram (kg) di sebuah pasar raya di Senai, Kulai, petang semalam.
Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tok Beng Yeow mengesahkan penahanan suspek dalam kejadian tersebut.
Menurut beliau, perintah tahanan reman dikeluarkan Majistret di Mahkamah Pontian, Nur Azzuin Abdul Moati.
“Lelaki tersebut ditahan di pasaraya berkenaan pada pukul 3.40 petang kerana mencuri dua beg berisi ayam mentah.
“Dia kini ditahan reman selama tiga hari bagi membantu siasatan yang dijalankan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan,” katanya ketika dihubungi pemberita, di sini hari ini.
Selain itu, satu kes lain melibatkan seorang lelaki dijel 12 bulan gara-gara mendera nenek sendiri.
“Nasihat saya, jangan kita bakar jalan kita ke syurga.”
Demikian kata Majistret Mohamad Izwan Mohamed Noh sebelum menjatuhkan hukuman penjara 12 bulan terhadap tertuduh, Nazri Zol, 34, yang mengaku bersalah menampar belakang, muka serta meletakkan cekodok panas di tangan neneknya.
Beliau berkata, tertuduh amat beruntung kerana masih mempunyai nenek dan menasihatinya supaya tidak mensia-siakan warga emas itu kerana doanya mustajab.
“Kamu beruntung pada usia 34 tahun masih ada nenek. Tolong jaga perangai dan mintalah maaf kepada nenek kamu, bukan pada saya,” katanya yang menetapkan hukuman penjara bermula dari tarikh tertuduh ditangkap pada 21 Oktober lalu.
Mengikut pertuduhan, Nazri yang mengaku kepada mahkamah kesalahan itu dilakukan kerana tidak dapat mengawal kemarahan, didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap neneknya, Halimah Hassan, 83, di sebuah rumah di Taman Sutera Belia, Batu Berendam, pada 21 Oktober lalu, jam 9.20 pagi.
Dia didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 326A kanun sama yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda maksimum RM2,000, jika sabit kesalahan.
Fakta kes menunjukkan pada hari kejadian berlaku pertengkaran antara tertuduh yang juga anak sulung dengan ibunya selepas tertuduh menolak neneknya itu.
Tertuduh kemudian menampar belakang badan dan muka neneknya serta mengambil kuih cekodok panas dan diletakkan pada tangan kanan warga emas itu.
Tindakan itu menyebabkan wanita terbabit mengalami kecederaan ‘soft tissue injury’ sebelum tertuduh ditangkap pada jam 10 malam hari sama.
Timbalan Pendakwa Raya Fiqri Hakim Zamri yang menjalankan pendakwaan memohon supaya tertuduh yang tidak diwakili peguam dikenakan hukuman setimpal kerana kesalahan serius yang tidak sepatutnya dilakukan seorang cucu terhadap neneknya.
Terdahulu tertuduh merayu hukuman ringan kerana sudah insaf dan memohon maaf atas kesalahan dilakukannya.
Sumber: KMN