Baru-baru ini, daerah Baling, Kedah dilaporkan mengalami banjir kilat akibat hujan lebat berterusan lebih tiga jam sehingga mengakibatkan limpahan air Sungai Kupang.

(VIDEO) JPAM Jumpa 'Buku Pink' Milik Mangsa Banjir Di Baling. Netizen Luah Rasa Sebak

Antara kawasan yang terjejas adalah seperti Kampung Iboi dan Kampung Tanjung Luas di Mukim Kupang.

Susulan itu, sekurang-kurangnya 20 rumah penduduk di Kupang mengalami kerosakan.

Lebih memilukan, tiga sekeluarga disahkan hilang selepas rumah mereka dihanyutkan arus deras.

Keesokan harinya, jasad seorang wanita hamil empat bulan, Nurul Anis Abu Hassan ditemui bersama ibu mentuanya, Salmah Mat Akib.

Mereka ditemui berpelukan di bawah timbunan batang pokok yang turut dihanyutkan arus deras.

Manakala, jasad Khairul Ikhwan Nor Azman ditemui di bawah timbunan kayu tidak jauh dari kedudukan jasad Nurul Anis Abu Hassan dan Salmah Mat Akib.

Suasana bertambah pilu selepas viral satu sedutan rakaman live misi pencarian yang dikongsi seorang individu di TikTok.

Menerusi rakaman tersebut, kelihatan beberapa anggota JPAM telah menemukan sebuah ‘buku pink’ yang digunakan ibu hamil untuk sesi check-up di klinik.

Gambar scan bayi dalam kandungan turut ditemui bersama dengan buku pink tersebut.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa sebak mengenangkan nasib yang menimpa ketiga-tiga mangsa.

Malah, mereka akui tidak dapat menggambarkan kesedihan yang ditanggung si suami selepas kehilangan dua wanita terpenting dalam hidupnya iaitu si isteri dan ibu tercinta.

Dalam kesempatan itu, kebanyakan netizen sempat mengucapkan salam takziah.

Selain itu, turut menitipkan doa agar ketiga-tiga mangsa ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

Sumber: Oh Bulan

Share.

Leave A Reply