(Video) Kanak-Kanak Keluarkan Separuh Badan Semasa Kereta Bergerak, Pemandu Alza Ditahan | Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) mendapati satu video tular di sosial media mengenai sebuah kenderaan jenis Perodua Alza yang membawa penumpang dipercayai (3) kanak-kanak telah mengeluarkan separuh badan di bahagian penumpang hadapan dan penumpang belakang sebelah kiri dan kanan kenderaan yang sedang bergerak. Tingkah laku mereka ini merupakan satu tindakan yang amat berbahaya dan boleh mendatangkan kemalangan.

(Video) Kanak-Kanak Keluarkan Separuh Badan Semasa Kereta Bergerak, Pemandu Alza Ditahan

1. Seksyen 336 Kanun Keseksaan (Akta 574) – Perbuatan yang membahayakan nyawa atau keselamatan orang lain,
2. Seksyen 31(1) Akta Kanak-kanak 2001- Penganiyaan, pengabaian ke atas kanak-kanak.

Bertindak di atas maklumat ekoran video tular berkenaan, sebuah kenderaan jenis Perodua Alza yang membawa (3) orang kanak-kanak dalam keadaan berbahaya, pada 28/12/2021 pasukan Risikan/ Operasi JSPT Bukit Aman yang terdiri daripada pegawai dan anggota telah menjalankan risikan dan berjaya mengesan pemilik kenderaan tersebut yang beralamat di Kajang, Selangor. Kemudian pasukan ini telah menahan (1) wanita iaitu pemandu Perodua Alza dan hasil siasatan awal mengesahkan wanita ini yang memandu seperti di dalam video yang tular tersebut.

(Video) Kanak-Kanak Keluarkan Separuh Badan Semasa Kereta Bergerak, Pemandu Alza Ditahan

Menurutnya lagi, (3) orang kanak-kanak tersebut merupakan anak saudaranya yang tinggal di Klang. Kejadian berlaku semasa wanita tersebut memandu di Jalan Reko, Kajang pada 25 Disember 2021 yang lalu. Wanita itu ditahan dan dibawa ke Balai Trafik IPD Kajang untuk tindakan selanjutnya di mana siasatan dijalankan di bawah Seksyen 336 Kanun Keseksaan (Akta 574) – Perbuatan yang membahayakan nyawa atau keselamatan orang lain dan Seksyen 31(1) Akta Kanak-kanak 2001- Penganiyaan, pengabaian ke atas kanak-kanak.

Sumber : JSPT

 

Share.

Leave A Reply