Perlawanan Futsal Bertukar Tragedi. Puluhan Pemain & Penyokong Bergaduh. | Kecoh perlawanan akhir perlawanan futsal bertukar ganas apabila puluhan pemain dan penyokong saling bertumbuk dan bergaduh di Arena Sukan (GOR) sekitar Stadium Patriot Chandrabhaga, Bekasi, Indonesia pada Ahad.

Kejadian itu difahamkan berlaku dalam perlawanan akhir kejohanan futsal antara pelajar yang melihatkan pemain saling menjerit dan bertumbuk selepas perlawanan tamat.

Beberapa anggota polis bertindak meleraikan pergaduhan tersebut namun situasi kian meruncing apabila situasi terlampau riuh sehingga gagal dikawal oleh pengawal.

Rakaman tular itu dikongsikan di laman Instagram dan menerima lebih 5,000 jumlah tontonan setakat ini.

Menurut Unit Siasatan Jenayah Polis Bekasi Selatan, Iptu Haryono mengesahkan kejadian itu dan pergaduhan tersebut melibatkan pelajar sekolah SMK 11 dan SMK 12.

“Rusuhan itu berlaku dalam perlawanan akhir futsal antara pelajar di sekolah SMK 11 menentang SMK 12 di Kota Bekasi,” katanya.

Punca pergaduhan dipercayai akibat ketidakpuasan hati pemain pasukan SMK 12 selepas mereka tewas dalam perlawanan berkenaan.

“SMK 12 tidak menerima kekalahan itu dan membantah serta menolak keputusan pengadil dalam perlawanan tersebut,” jelasnya.

Dalam pada itu, Haryono menjelaskan bahawa tiada sebarang kecederaan serius dilaporkan berlaku dalam pergaduhan terbabit.

“Semuanya sudah selesai dan tiada masalah berbangkit selepas kejadian itu. Tiada sesiapa pun yang tercedera dari kedua sekolah terbabit,” katanya.

Sumber: Majoriti

ARTIKEL LAIN UNTUK DIBACA

(VIDEO) Dua Lelaki Bergaduh, Bertumbuk Di Tepi Jalan. Ini Puncanya..

Gara-gara enggan mengetepikan kereta ketika jalan sesak mencetus pergaduhan antara seorang penunggang motosikal dan pemandu kereta di Persiaran Kerjaya Glenmarie Seksyen U1 di sini, kelmarin.

(VIDEO) Dua Lelaki Bergaduh, Bertumbuk Di Tepi Jalan. Ini Puncanya..

Kejadian berlaku kira-kira pukul 7.15 petang ketika laluan tersebut sesak.

Insiden berkenaan tular menerusi video berdurasi 22 saat di laman Twitter dengan kedua-dua mereka berbalas tumbukan sebelum dileraikan pengguna jalan raya yang lain.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, siasatan awal mendapati berlaku pertengkaran mulut apabila suspek lelaki berusia 29 tahun yang menaiki kereta jenis Naza Ria enggan mengetepikan keretanya di lokasi kejadian.

Katanya, ini menyebabkan motosikal yang ditunggangi mangsa berusia 31 tahun yang bekerja sebagai jururunding dan penunggang motosikal yang lain tidak dapat meneruskan perjalanan.

“Pertengkaran mulut yang berlaku disusuli dengan pergaduhan yang akhirnya dileraikan oleh orang ramai.

“Kedua-dua pihak telah bersetuju untuk selesaikan secara baik dan pengadu hanya buat ‘Covering report’ sahaja,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau menambah, kedua-dua pihak iaitu pengadu dan suspek telah dipanggil untuk membantu siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Mohd. Iqbal turut menjelaskan pengadu juga telah buat laporan polis untuk menarik balik laporan polis yang dibuat sebelum ini.

“Orang ramai dinasihatkan untuk tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kejadian tersebut,” katanya.

Sumber: KMN

Share.

Leave A Reply