Sebuah kedai memproses kacang putih di Laluan Sungai Pari 12, Buntong di Ipoh musnah dalam kebakaran, awal hari ini.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Perak berkata kebakaran turut melibatkan sebuah rumah dua tingkat, sebuah van dan sebuah motosikal.
“Kedai berkenaan terbakar kira-kira 90 peratus. Rumah pula terbakar 30 peratus manakala van dan motosikal hanya lima dan 40 peratus.
“Kejadian itu tidak melibatkan kemalangan jiwa,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Bangun di pagi Ahad dikejutkan dengan maklumat berkaitan kebakaran sebuah kedai memproses kacang putih terkenal di Buntong, #Ipoh kira-kira 1 pagi tadi.
Bomba berjaya memadamkan kebakaran yang turut berlaku di sebuah rumah.
Tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
(video awam) pic.twitter.com/BygNdf9ANU— MohdFaizalHassan 🇲🇾 (@f4izalhassan) January 15, 2022
Jurucakap itu berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada kira-kira 1.08 pagi tadi dan sepasukan anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ipoh dibantu BBP Meru Raya, BBP Pasir Puteh serta Pasukan Bomba Sukarela Pasir Pinji, Menglembu dan Pekan Baru digegaskan ke lokasi kejadian.
“Anggota bomba melakukan pemadaman menggunakan dua aliran hos sepanjang 60 meter dengan tiga pancutan bersumberkan air daripada pili bomba. Operasi pemadaman tamat sepenuhnya pada 4.15 pagi,” katanya.
Sumber : Malaysia Kini