Customize Consent Preferences

We use cookies to help you navigate efficiently and perform certain functions. You will find detailed information about all cookies under each consent category below.

The cookies that are categorized as "Necessary" are stored on your browser as they are essential for enabling the basic functionalities of the site. ... 

Always Active

Necessary cookies are required to enable the basic features of this site, such as providing secure log-in or adjusting your consent preferences. These cookies do not store any personally identifiable data.

No cookies to display.

Functional cookies help perform certain functionalities like sharing the content of the website on social media platforms, collecting feedback, and other third-party features.

No cookies to display.

Analytical cookies are used to understand how visitors interact with the website. These cookies help provide information on metrics such as the number of visitors, bounce rate, traffic source, etc.

No cookies to display.

Performance cookies are used to understand and analyze the key performance indexes of the website which helps in delivering a better user experience for the visitors.

No cookies to display.

Advertisement cookies are used to provide visitors with customized advertisements based on the pages you visited previously and to analyze the effectiveness of the ad campaigns.

No cookies to display.

VIDEO. Lelaki Cedera Dipukul Jiran Kerana Dituduh Curi Wifi. | Seorang lelaki di Desa Karanganyar, Indonesia dilaporkan menjadi mangsa amukan jirannya dan dipukul sehingga cedera kerana dituduh mencuri Wifi jirannya itu. Kejadian berkenaan tular di media sosial memaparkan seorang lelaki memakai topi keledar datang ke rumah mangsa dengan menunggang motosikal.

Ketika tiba di rumah mangsa, lelaki berkenaan bertindak menghentak pagar dengan menggunakan kapak yang dibawa olehnya. Setelah pagar rumah mangsa terbuka, lelaki tersebut kemudiannya masuk dan terdengar bunyi seperti sedang bergaduh dari dalam rumah itu.

Lapor Tribun News, mangsa dikatakan cuba untuk melawan sambil memegang penyapu sebagai alat untuk mempertahankan dirinya. Walau bagaimanapun, mangsa cedera di kepala akibat pergaduhan berkenaan.

Mangsa kemudiannya berlari keluar dari rumah lalu menjerit meminta tolong. Akibat panik dikejar orang ramai, lelaki berkenaan dilihat melarikan diri dan meninggalkan motosikalnya di hadapan rumah mangsa.

Kejadian berkenaan berpunca daripada mangsa dikatakan telah mencuri kata laluan Wifi rumah milik individu berkenaan. Meskipun sudah menjelaskan bahawa dirinya tidak tahu kata laluan tersebut, namun lelaki terbabit tetap tidak percaya.

Pada mulanya dia tuduh saya curi Wifi, walaupun saya persoalkan macam mana saya curi sebab saya tak tahu kata laluan tapi dia masih tak percaya dan terus serang saya.

Menurut Ketua Setempat, Sumianto, lelaki berkenaan bertindak sebegitu kerana ingin membalas dendam terhadap masalah yang berlaku sebelumnya namun telah diselesaikan oleh pihak pengurusan setempat.

Susulan daripada itu, mangsa yang cedera telah mendapatkan rawatan dan membuat laporan polis mengenai kejadian tersebut di Balai Polis Cawangan Cikarang. Pihak polis juga turut merampas motosikal milik lelaki berkenaan yang ditinggalkan di hadapan rumah mangsa.

Sumber : OHBULAN

Share.

Leave A Reply