Kejadian mengugut warga asing meminta wang bukan sahaja berlaku dalam filem namun realitinya berlaku dalam kehidupan kita.
Ini dibuktikan apabila tular sebuah video seorang lelaki dipercayai bertindak mengugut warga asing dihadapan anaknya pada Selasa di Kedah.
Insiden tersebut berjaya dirakam menerusi telefon pintar seorang peniaga yang sedang menjalankan perniagaan di kawasan kejadian.
Lelaki yang memakai topi itu dilihat mengambil barangan di dalam raga motosikal mangsa sebelum tangan suspek mengambil barang peribadi warga asing terbabit.
Ketika kejadian, lelaki warga asing itu dilihat bergelut dengan suspek sehingga menyebabkan anaknya ketakutan dan menangis.
Namun secara tiba-tiba seorang individu yang berada di lokasi menghalang perbuatan suspek dengan menyuruhnya memulangkan semula barang peribadi mangsa.
Difahamkan video kejadian berdurasi 38 saat itu dipercayai berlaku di Pasar Tani Guar Chempedak, Kedah.
Menerusi tinjauan di ruangan komen, rata-rata orang ramai tidak berpuas hati dengan tindakan suspek yang dipercayai ‘pau’ duit daripada warga asing itu.
“Walaupun dia warga asing tak patut buat macam itu, hormat sesama sendiri,” kata Mayang Sari.
“Ada budak depan itu, tak ada akal ke yang pakai topi itu? Nanti Allah tunjuk dekat dia pula baru dia tahu,” jelas Mohammad Azraal.
“Kesiannya adik itu tengok ayah dia kena pukul,” ujar Amyrah Almirah.
“Hebat sangatlah itu, pukul depan budak kecil pula itu, semoga berjumpa buku dengan ruas,” luah Firdaus Abdullah.
Sumber: Majoriti
Viral Minta Derma Ala ‘Gangster’..Budak Rohingya Kena Kutip
Petaling Jaya – Pelapis Long Tiger iaitu kanak-kanak berbangsa Rohingya yang tular dengan video memarahi orang ramai dilaporkan telah ‘dikutip’ penguat kuasa hari ini.
Satu perkongsian dari akaun TikTok @fifi_story07 menunjukkan beberapa keping gambar yang menyaksikan kanak-kanak terbabit telah ditahan pihak berkuasa.
Jelas pemilik akaun tersebut, kanak-kanak terlibat telah diangkut penguat kuasa dan berharap dihantar ke negara asal mereka segera.
“Kan dah kena kutip, harap mereka semua ni dihantar ke negara asal masing-masing. Duduk dekat sini pun macam apa je,” jelasnya.
Rata-rata orang ramai meninggalkan komen dan menyatakan kelegaan terhadap tindakan yang telah dilakukan oleh pihak berkuasa.
“Ramai lagi rasanya ada budak-budak macam ni. Bukan kita tak ada perikemanusiaan tapi mereka ni dah melampau sangat.
“Beri betis nak paha, beri paha nak pinggang, sampai bila tak sudah dia orang ni,” jelas Azamli85.
“Betul, hantar balik je ke Myanmar biar tahu langit tu tinggi rendah. Duduk sini pun menyusahkan. Kotor Kuala Lumpur ni dengan mereka.
“Biar mereka tahu duduk di Malaysia ni aman tenteram, duduk dekat sana peluru atas kepala. Tak reti bersyukur budak-budak ni,” jelas Armthejohn.
Sumber: KMN