Tindakan biadab seorang pemandu lori treler yang menunjukkan isyarat jari lucah kepada seorang pemandu di Lebuh Raya Plus Utara-Selatan menghala ke utara pada Isnin, mengundang kemarahan orang ramai.
Kejadian itu difahamkan berlaku susulan tindakan pemandu lori tersebut secara mengejut bertukar lorong ke kanan laluan terbabit.
Meskipun kereta tersebut sudah hampir separuh melepasi badan lori tersebut, pemandu lori itu dilihat terus meluru masuk ke lorong kanan sambil menunjukkan jari tengah kepada mangsa.
Perbuatan itu sekali gus mengundang kemarahan mangsa yang mendakwa ia merupakan satu kesalahan bagi kenderaan muatan berat untuk memandu di lorong kanan.
Dikongsikan di laman Facebook, rakaman tular itu hangat diperkatakan warganet.
Lebih mencuri perhatian, suspek dikatakan sengaja mempamerkan aksi lagak samseng apabila sanggup membuka pintu kenderaan semata-mata mahu meluahkan kemarahannya.
Tersentak dengan perbuatan itu, mangsa difahamkan menekan hon berulang kali ketika kejadian bagi memberikan amaran kepada pemandu biadab tersebut.
Susulan itu, suspek kemudiannnya meneruskan perjalanan tanpa menghiraukan situasi berkenaan dan kekal memandu di lorong kanan.
Di ruangan komen, rata-rata warganet mengecam pemandu lori itu.
“Kalau berdasarkan pengalaman saya, lori itu memang bersalah kerana bagi isyarat membelok bukan bermakna boleh terus tukar lorong, cuma sebagai pemandu kereta mengalah lebih baik daripada ambil risiko,” kata Idderes MH.
“Lori treler kalau atas lebuh raya memang macam ini perangai, minggu lepas aku pun pernah kena himpit nasib baik sempat brek kecemasan,” jelas Hanif Ismail.
“Saya pun pernah kena macam ini, sudah la jalan sesak dia pulak main masuk lorong kanan, bila dah masuk baru bagi lampu isyarat, bila kita hon dia pandang serong memang nak membunuh betul,” tambah Noor Juliana.
Difahamkan, mangsa akan membuat laporan polis berhubung kejadian itu dan nombor pendaftaran kenderaan serta rakaman dashcam akan dijadikan sebagai bahan bukti.
Sumber: Majoriti
[VIDEO] Biadap! Tak Hormat Murid Solat. ‘Ini’ Nasib Guru Terbabit..
Seorang guru di Florida, Amerika Syarikat dipecat selepas tular video menunjukkan tindakan biadapnya mengganggu pelajar Islam yang menunaikan solat.
Portal Insider melaporkan, menerusi video dimuat naik di TikTok, insiden berlaku ketika tiga pelajar lelaki sedang solat di atas sejadah.
Guru terbabit dikatakan masuk, meniup wisel, dan berulang kali menghalang mereka solat di pejabatnya.
Menerusi video tersebut, guru tersebut berkata, ‘Tunggu, ini di pejabat saya, dan kamu semua melakukan ‘silap mata’ ini?
Guru itu kemudian berjalan melalui kumpulan pelajar itu sebelum satu ketika dia dilihat memijak sejadah ketika salah seorang pelajar sedang bersujud.
Pelajar-pelajar itu tidak mengendahkan guru berkenaan dan terus menunaikan solat.
Video yang tular di laman Tiktok tersebut dikatakan sudah meraih lebih 6.5 juta tontonan serta mendapat ribuan tanda suka dari warganet di seluruh dunia.
Menurut Local 10 News menerusi Harian Metro, insiden itu berlaku di Akademi Franklin, sebuah sekolah di Pembroke Pines, Broward County.
Identiti dan status sebenar guru itu belum dikenal pasti.
Pihak sekolah dalam kenyataan berkata: “Awal hari ini, video TikTok yang sangat membimbangkan dikongsi dengan pasukan kepimpinan kami.
“Rakaman video menunjukkan seorang guru mengganggu pelajar ketika solat.
“Selepas menerima video itu, kepimpinan organisasi dan sekolah mula menyiasat keadaan dengan segera,” kata pihak sekolah dalam satu kenyataan kepada agensi berita.
Dalam kenyataan sama, sekolah menegaskan pihaknya tidak bertolak ansur dengan tingkah laku diskriminasi.
“Walaupun kami tidak membincangkan hal kakitangan, kami boleh berkongsi dengan kamu bahawa guru terbabit bukan lagi ahli kakitangan Akademi Franklin,” katanya.
@gawpu i literally dont even believe what happened to me is real im still shook. #muslim #praying #tate #prayer #andrewtate #andrewmuslim #kanye #islam
Sumber: KMN