Murid Lelaki Sedih Kuih Raya Tidak Disentuh Ketika Jamuan Kelas | PETALING JAYA – Reaksi sedih seorang murid apabila kuih raya yang dibawa ketika jamuan raya di sekolah tidak dimakan oleh rakan-rakannya menyentuh hati orang ramai.

Melalui sebuah video yang dikongsi di TikTok @farishfarhansidek yang dipercayai guru kepada murid itu memaparkan murid lelaki itu menangis sebelum didatangi oleh guru berkenaan.

Apabila ditanya mengapa dia menangis, murid tersebut memaklumkan dia sedih kerana rakan-rakan sekelasnya tidak makan biskut raya yang dibawa.

“Mana biskut raya awak? Tunjuk pada cikgu, lain kali kena buka bekas ini,” kata guru tersebut.

Tidak lama kemudian dilihat rakan-rakanya mula mengambil biskut di dalam bekas yang dibawa murid itu.

Tinjauan di ruang komen mendapati rata-rata pengguna memuji tindakan guru tersebut yang peka terhadap anak muridnya.

“Terima kasih cikgu sebab pandai ambil hati murid, sesiapa pun akan sedih bila apa yang kita bawa tidak dimakan,” kata Ramlie.

“Sedihnya tengok adik menangis. Nasib ada cikgu pandai memujuk dan murid lain pun bagi kerjasama,” kata Eydaa.

“Hebat cikgu pandai beli jiwa anak-anak murid. Jangan ada jarak antara mereka,” puji Zurin.

Sehingga kini, video tersebut telah mendapat lebih 4 juta tontonan.

@farisfarhansidek

bawak biskut raya tiada org nak makan. kesian anak yatim syakir ni. xpela kawan2 ada boleh makan biskut shakir #alhamdulillah #fyp

♬ Instrumen Sedih – Yuda pratama

Sumber: Kosmo

 

Baca Juga: Ibu Bapa Pergi Beraya Rumah Terbuka, Anak Kembar Tinggal Dlm Kereta Hingga Menangis | PETALING JAYA – Tindakan sepasang suami isteri meninggalkan dua anak mereka di dalam sebuah kereta didakwa bagi menghadiri rumah terbuka mengundang pelbagai kecaman di media sosial.

Menerusi perkongsian di Facebook Nana Nandos, kejadian tersebut dipercayai berlaku dekat Taman Kajang Impian, Selangor baru-baru ini.

Menurutnya, dia menyedari perkara tersebut apabila terdengar tangisan dua kanak-kanak di dalam sebuah kereta yang tidak berkunci.

“Enjin kereta dimatikan dan hanya tingkap dibuka sedikit. Ada anak kembar dalam keadaan takut dan menangis.

“Saya sempat berikan air kotak untuk tenangkan mereka dan tunggu lebih kurang 30 minit untuk ibu bapa mereka kembali,” katanya dalam satu hantaran, semalam.

Tambah Nana, lebih menggeramkan, bukan sahaja ibu bapanya yang menghadiri rumah terbuka itu, malah turut kelihatan iaitu datuk dan nenek kanak-kanak tersebut.

“Eh ibu bapa dengan atuk dan nenek sekali pergi beraya. Cucu dalam kereta. Dapat lah angkat tangan sambil sengih manja dari ibu bapa dia. Mak dia pun buat ‘bodoh’ je, muka tak bersalah.

“Kalau dulu macam tak percaya ini boleh berlaku, sekarang depan mata. Raya tu raya juga tetapi anak-anak amanah kita,” jelasnya.

Susulan itu, rata-rata orang ramai mengecam tindakan kedua-dua ibu bapa itu yang disifatkan tidak bertanggungjawab.

“Ya Allah zalimnya. Kot nak raya beria tak nak bawa anak sekali pun jangan lah sampai tinggal dalam kereta macam tu.

“Kalau rasa takda duit nak upah orang jaga. Kau suami isteri gilir-gilir pergi makan rumah terbuka,” kata Fatimah.

“Alamak. Kalau taknak ganggu anak tidur. Gilir-gilir lah. Dah lah siap ada atuk dan nenek lagi. Satu keluarga ‘selfish’ (pentingkan diri),” luah Aimi.

Sumber: Kosmo

Share.

Leave A Reply