(VIDEO) NASA Rakam Bunyi SERAM Di Lohong Hitam | Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) mendedahkan bunyi menakutkan yang berasal daripada sebuah lohong hitam (black hole) di gugusan galaksi, lapor akhbar The Sun semalam.

Melodi tersebut dikatakan amat menakutkan seperti yang dijangka daripada sesuatu yang sangat misteri.

NASA merakam audio tersebut menggunakan pelbagai gelombang bunyi dan data pintar.

DENGAR RAKAMAN BUNYI TERSEBUT :

“Terdapat salah faham sebelum ini dengan ramai yang menyatakan bahawa tiada sebarang bunyi di angkasa lepas kerana kebanyakan ruang adalah hampagas. Kita mengetahui bahawa gelombang bunyi tidak dapat dipindahkan melalui hampagas.

“Bagaimanapun, terdapat satu gugusan galaksi yang mengandungi banyak gas sehingga membolehkan kami merakam bunyi yang sebenar.

“Jadi, kami menguatkannya (bunyi) dan menggabung dengan sebilangan data lain untuk anda mendengar bunyi lohong hitam,” kata NASA menerusi Twitter.

Lohong hitam tersebut ditemui di bahagian tengah gugusan galaksi digelar Perseus.

Pada 2003, ahli-ahli astronomi menyedari bahawa gelombang tekanan yang dihasilkan oleh lohong hitam menghasilkan ombak dalam gas panas gugusan bintang tersebut. Ia dipercayai boleh diterjemah ke dalam nota bunyi.

Bagaimanapun, manusia tidak dapat mendengar bunyi tersebut. Justeru, pakar-pakar telah mengubahnya menerusi proses sonifikasi bagi menghasilkan bunyi aneh yang didedahkan tersebut.

“Bunyi itu didengari 144 kuadrilion dan 288 kuadrilion kali lebih kuat daripada frekuensi asalnya,” kata NASA.

Sumber : Kosmo

Share.

Leave A Reply