PETALING JAYA – Pasangan tidak menyangka individu yang menangkap gambar mereka sewaktu berada di Tasik Cermin rupa-rupanya pelakon terkenal, Remy Ishak.

Isterinya, Ezza Rose memuat naik hantaran itu di laman sosial TikTok memaparkan pasangan tersebut yang meminta tolong diambil gambar tanpa mengetahui identiti individu misteri yang begitu gigih menangkap gambar mereka.

“Tadi singgah di Tasik Cermin dan terdapat satu pasangan yang meminta tolong diambil gambar. Seperti biasa, suami saya gigih untuk mendapatkan gambar yang cantik.

“Semoga pasangan ini gembira dengan gambar mereka kerana mereka juga sebenarnya tidak perasan identiti jurugambar misteri ini,” katanya.

Dalam pada itu, pasangan tersebut tampil di ruangan komen dan meluahkan keterujaannya apabila mendapat tahu rupa-rupanya jurugambar itu adalah Remy Ishak.

“Ya Allah, sumpahlah Remy Ishak yang ambilkan gambar kami? Malunya tidak perasan,” komen @tachachaaaa_.

Sehubungan itu, hantaran tersebut mengundang pelbagai reaksi daripada warga TikTok yang rata-rata mengatakan pasangan itu adalah pasangan yang bertuah kerana gambar mereka diambil oleh selebriti.

“Ingatkan seorang jurugambar terkenal, rupa-rupanya Remy Ishak,” komen @ainnur_naufara.

“Bukan pasangan itu saja yang tidak perasan, saya pun tidak perasan jika saya tidak membaca ruangan kapsyen,” kata pengguna lain, @miruldaus092.

“Gempaklah. Remy tolong ambilkan gambar, mesti bahagia sangat pasangan itu,” kata @eijaaziemey pula.

Hantaran tersebut telah mengundang 38,000 tanda suka dan 511,100 jumlah tontonan setakat ini.

Sumber: Kosmo

 

Baca Juga: Tular Lelaki Terjun Tasik Cermin. MB Ipoh Beri Amaran.

Satu rakaman video seorang lelaki disyaki terjun ke Tasik Cermin menjadi tular di aplikasi TikTok sejak semalam.

Tasik Cermin merupakan lokasi pelancongan tumpuan di Ipoh, menggamit ramai pencinta alam untuk menyaksikan sendiri keindahan panorama di kawasan itu.

Boleh dikatakan setiap minggu, ada sahaja pengunjung di sana dan keindahan tasik itu banyak dikongsikan di media sosial, menjadikannya semakin popular dari hari ke hari.

Begitupun, ada satu insiden kurang menyenangkan berlaku di tasik tersebut baru-baru ini.

Satu rakaman video seorang lelaki disyaki terjun ke Tasik Cermin menjadi tular di aplikasi TikTok sejak semalam.

Video berdurasi kira-kira 15 saat dimuat naik pemilik akaun bernama Syafiruzafiza tersebut mendapat pelbagai reaksi netizen.

Bahkan, pemilik akaun tersebut turut berkongsikan satu lagi video menunjukkan lelaki itu yang sudah basah, terjun sekali lagi ke dalam tasik itu.

Lelaki yang terjun ke dalam tasik itu kelihatan seolah-olah sedang mandi, sedangkan orang lain tiada yang berbuat demikian.

Insiden itu menyebabkan ramai netizen tidak berpuas hati kerana tidak mustahil disebabkan tindakan itu, Tasik Cermin akan ditutup selepas ini.

“Kalau tiada benda untuk diselamatkan dalam tasik itu, janganlah terjun. Elok nanti tempat ini jadi menarik nanti tukar jadi berhantu pula,” komen salah seorang pengguna TikTok.

Seorang lagi pengguna bertanya mengapa lelaki itu berbuat demikian dan Syafiruzafiza menyatakan dia juga tidak tahu punca lelaki itu terjun ke dalam tasik berkenaan.

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut sudah mendapat lebih 700,000 tontonan dengan lebih 700 komen.

Dalam pada itu, Kosmo melaporkan, Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) memaklumkan orang ramai tidak dibenarkan mandi di tasik tersebut.

Menurut laporan itu lagi, siasatan juga akan dilakukan bagi mengetahui kejadian sebenar yang berlaku.

Sumber: KMN

Share.

Leave A Reply