Lembaga Zakat Selangor (LZS) kesal dengan tindakan seorang asnaf didapati meninggalkan sebuah rumah sewa di sekitar Tanjong Karang di sini, dalam keadaan yang amat kotor dan rosak.
Ketua Divisyen Komunikasi Korporat LZS, Datin Norajun Ainun Mohd Hashim dalam satu kenyataan berkata, pihaknya terkesan dengan perkara itu yang tular di media sosial, baru-baru ini.
“Tindakan seumpama itu dianggap menganiaya pemilik rumah sewa itu yang turut memberi kesan kepada asnaf lain sukar untuk menyewa pada masa depan.
“Justeru, LZS mengingatkan semua asnaf yang menerima bantuan itu supaya amanah dan bertanggungjawab menjaga rumah sewa dihuni mereka,” katanya.
Jelas beliau, pihaknya menyarankan pemilik rumah itu membuat aduan rasmi kepada LZS bagi menghentikan bantuan sewa rumah itu berikutan penyewa tidak lagi menetap di situ.
Dalam pada itu, Norajun Ainun berkata, lebih 16,000 keluarga asnaf fakir, miskin dan mualaf di Selangor menerima bantuan sewa rumah dari LZS.
“Bantuan bulanan itu disalurkan terus kepada akaun pemilik rumah sewa bagi menyantuni keperluan asas keluarga asnaf di negeri ini,” ujarnya.
Terdahulu, tular di laman Facebook memaparkan beberapa gambar sebuah rumah sewa dipercayai milik LZS yang ditinggalkan penyewa dalam keadaan kotor dan tidak terurus.
Hantaran itu kemudian mendapat kecaman daripada ramai pihak berikutan tindakan tidak bertanggungjawab yang dilakukan penyewa terbabit.
Menjengah di ruangan komen, orang ramai mengecam tindakan asnaf terbabit yang tidak menjaga kebersihan rumah sewa tersebut.
ARTIKEL LAIN YANG BOLEH DIBACA
Ingatkan Sakit Biasa, Rupanya Inilah Detik Dialami
Satu video memaparkan seorang wanita terpaksa dikejarkan ke hospital selepas telinganya dimasuki seekor lipas menjadi tular di media sosial Indonesia, lapor Suara.com.
Video yang di muat naik oleh @fakta.indo di Instagram pada Khamis, 29 Disember lalu telah menunjukkan seorang jururawat di hospital sedang memeriksa telinga seorang wanita.
Berdasarkan video itu, jururawat tersebut dilihat berjaya mengeluarkan seekor lipas daripada telinga pesakit dengan menggunakan pengepit.
Menurut keterangan di video tersebut, wanita itu pada awalnya mengadu sakit di telinga kanannya. Setelah pemeriksaan dilakukan, ternyata terdapat seekor lipas di dalam telinga wanita berkenaan.
Kejadian yang menimpa wanita itu telah membuatkan netizen berasa geli dan takut. Beberapa pengguna media sosial juga sempat mempersoalkan bagaimana serangga itu boleh masuk ke telinga wanita berkenaan.
Malah, peristiwa yang dialami wanita dalam video tersebut telah membuatkan netizen cemas untuk tidur. Takut-takut jika lipas juga akan memasuki telinga mereka sewaktu sedang nyenyak tidur.
Terdapat juga beberapa komen yang ditinggalkan oleh pengguna media sosial tersebut berasa lega selepas lipas itu dapat dikeluarkan dari telinga wanita berkenaan.
Tulis seorang pengguna diikuti dengan emoji sedih, “Refleks saya segera memegang telinga saya,”.
Seorang netizen tulis, “Ini yang saya takut. Masalahnya saya tidak sedar ketika sedang tidur. Saya harap ia tidak akan berulang lagi,”.
Tulis seorang lagi pengguna, “Mengerikan, bagaimana ia boleh masuk ke dalam telinga,”.
Sumber: KMN