(VIDEO) PM Umum Setuju Benarkan Pengeluaran KWSP RM10K | Kerajaan bersetuju membenarkan pengeluaran khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM10,000.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, penjelasan lanjut dan jelas akan dibuat oleh Kementerian Kewangan dan KWSP.
“Kerajaan mendengar dan meneliti semua pihak untuk pengeluaran,” katanya dalam sidang media khas tadi.
Menurut Ismail Sabri, perkara itu diputuskan selepas mengambil maklum keluhan rakyat yang masih terkesan dari segi ekonomi, hilang pendapatan dan sedang membina semula kehidupan.
“Kerajaan mendengar, mengkaji dan meneliti dari semua pihak mengenai pengeluaran caruman KWSP.
“Saya merayu kepada semua pencarum agar mengekalkan simpanan kecuali keadaan benar-benar mendesak,” katanya ketika berucap di sidang media khas hari ini.
TONTON PENGUMUMAN TERSEBUT:
Sumber : UM