(VIDEO) Polis Buru Penunggang Motosikal Larikan Diri Dalam Semak | Polis sedang memburu lelaki yang melarikan diri meninggalkan motosikalnya berhampiran sekatan jalan raya (SJR) Op Selamat sempena Tahun Baru Cina 2022 di Jalan Kuching-Samarahan Express Way di sini, pada 1 Februari lalu.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak Superintendan Alexson Naga Chabu berkata, seorang anggota trafik yang bertugas mengesan seorang lelaki yang menunggang motosikal dalam keadaan mencurigakan.
@sarawakeditionAksi seorang pegawai polis trafik mengejar seorang lelaki yang lari dari sekatan jalan raya di Jalan Kuching Samarahan Expressway ptg tadi.♬ Oh No – Kreepa
Menurutnya, anggota trafik terbabit cuba menghampirinya tetapi lelaki berkenaan bertindak melarikan diri dengan meninggalkan motosikalnya.
“Anggota trafik itu terus mengejar suspek hingga menghampiri Jambatan Kuap menghala ke Kota Samarahan.
“Namun suspek yang dipercayai warga Indonesia itu berjaya meloloskan diri ke dalam hutan berhampiran,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Alexson berkata, usaha anggota trafik mengejar suspek terbabit dirakam oleh pengguna jalan raya yang melalui lokasi SJR berkenaan dan tular di media sosial.
Menurutnya, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai lelaki berkenaan boleh berhubung dengan Timbalan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak Deputi Superintendan Mathew Manggie di talian 012-8854849 atau 082-274018.
Sumber : HM