(Video) Polis Sedang Buru Lelaki Yang Meraba Wanita Ketika Tunggang Motosikal | Polis sedang mengesan seorang penunggang motosikal yang mencabul seorang wanita dengan meraba mangsa sedang berjalan kaki.
Menurut laporan Kosmo, kejadian tersebut berlaku di Lorong Limau Manis, Jalan Hamzah kira-kira jam 9.40 pagi ketika mangsa sedang berjalan kaki seorang diri untuk ke tempat kerja.
Berdasarkan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) mendapati suspek cuba mendekati mangsa dari jauh dan meraba mangsa apabila jaraknya sudah dekat dan terus melarikan diri. Mangsa juga dikatakan terkejut dengan kejadian itu dan memutuskan membuat laporan polis pada hari yang sama.
Rakaman CCTV kejadian pic.twitter.com/YDj60xypSL
— Mohd Redzuan Abdul Manap (@redzuanNewsMPB) March 27, 2021
Selain itu, menurut laporan dari pihak berkuasa, mereka telah membuat semakan nombor siri pendaftaran dan mendapati pemilik motosikal itu berasal dari Kuala Lumpur.
Berkemungkinan juga motosikal tersebut seduah dijual sebelum ini namun nama pemilik masih belum ditukar. Oleh itu, pihak polis meminta kerjasaa orang ramai yang mengetahui dan mengenali suspek supaya segera menghubungi pihak polis untuk membantu siasatan.
Sumber : Mohd Redzuan Abdul Manap, Kosmo