(Video) ‘Rider’ Foodpanda Nyaris Terjunam Dalam Lubang Besar | Laluan di Jalan Teluk Likas, di sini, ditutup sementara kepada pengguna jalan raya susulan terdapat mendapan hingga mengakibatkan lubang atau ‘sinkhole’ di jalan berkenaan.

(Video) 'Rider' Foodpanda Nyaris Terjunam Dalam Lubang Besar

Kejadian disedari pengguna yang melihat jalan berlubang kira-kira jam 12 tengah hari semalam dan terkejut apabila mendapati berlaku mendapan tanah.

Kejadian mendapan hingga terbentuk lubang berjaya dirakam pemilik salah sebuah rumah di kawasan berhampiran melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) miliknya.

Menerusi rakaman CCTV terbabit, kelihatan seorang penghantar makanan juga hampir terjunam ke dalam lubang besar berkenaan namun sempat memberhentikan motosikal ditunggangnya sebelum terjatuh ke bahu jalan.

Salah seorang pengguna jalan raya, Masri Zainal, 25, berkata, dia berada di jalan terbabit kerena mahu menghala ke Kota Kinabalu dari Likas.

Share.

Leave A Reply