(Video) “Scary Wei!…” Tular Video Lelaki Panjat Balkoni Apartment Yang Dirakam Penduduk Sekitar | Beberapa buah video telah menjadi tular baru-baru ini yang menunjukkan aksi seorang lelaki memanjat balkoni sebuah rumah apartmen.
Kejadian tersebut dikatakan berlaku di salah sebuah apartmen yang berada di Johor Bahru. Video itu juga telah dimuatnaik oleh seorang penghuni yang berada di sekitar apartmen tersebut.
“Scary wei ! jangan ingat duduk rumah apartment ada guard kita selamat masih tak selamat wei ! macam ni pun boleh !”
Pada video yang pertama, kelihatan lelaki tersebut memanjat dari satu tingkat naik ke tingkat yang lain. Sesudah sampai ke tingkat rumah yang hendak dituju, dia terus membuka sliding door rumah tersebut dan meluru masuk.
Video yang kedua pula memaparkan lelaki itu turun ke tingkat bawah dengan cara yang sama iaitu memanjat balkoni apartment berkenaan dan membuat perkara yang sama seperti sebelumnya.
Tidak pasti apa tujuan lelaki tersebut dan apa yang dicarinya. Video tersebut telah mendapat 315 ribu tontonan oleh orang ramai.
Selain itu, pemilik video itu juga mengatakan terdapat kes yang sama berlaku di apartment yang lain.
Sumber : Shafinaz Shariff