(Video) Siapakah Optometris? | Gangguan penglihatan boleh terjadi di kalangan pelbagai peringkat usia dengan tahap gangguan yang berbeza-beza.

(Video) Siapakah Optometris?

Gangguan penglihatan boleh berada pada tahap penglihatan rendah kepada tahap buta. Di Malaysia, keadaan buta untuk semua peringkat meliputi 0.2% dan tahap penglihatan yang rendah meliputi 2.44% daripada jumlah penduduk (berdasarkan National Eye Survey 1996). Kecacatan penglihatan di kalangan kanak-kanak berumur antara 7-15 tahun adalah 0.1% (berdasarkan Refractive Error Study in Children, 2003).

Untuk memastikan kita dapat menikmati penglihatan yang baik dan berpanjangan, kita perlu menitikberatkan soal kesihatan mata dan menjaga keseluruhan fungsi penglihatan. Kita perlu mendapatkan pemeriksaan mata secara berkala dari pakar optometris bagi memastikan fungsi penglihatan menjadi lebih baik.

Siapakah Optometris? Untuk mengetahui siapakah pakar Optometris dan apa tugas-tugas yang perlu dilakukan oleh seorang optometris, anda boleh klik video di bawah bagi mendapatkan maklumat selanjutnya!

Share.

Leave A Reply