(Video) Stadium Nasional Bukit Jalil Jadi PPV Bagi Golongan Fasa 3 Sekitar Lembah Klang | Kementerian Kesihatan Malaysia telah berkongsi menerusi ruangan Facebook rasmi mengenai Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang mula beroperasi pada hari ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
PPV tersebut akan menumpukan bagi golongan bawah 40 tahun atau golongan Fasa 3 yang menetap di sekitar Lembah Klang.
Selain itu, KKM turut memaklumkan kapasiti 10,000 orang bagi sehari akan diberikan kepada golongan tersebut.
Berikut merupakan maklumat atau persediaan orang ramai pada hari vaksinasi di PPV Stadium Nasional Bukit Jalil.
- Bawa payung dan kipas mini.
- Pakai kasut yang selesa.
- Sila bawa Kad Pengenalan/ Pasport.
- Telefon bimbit (bagi pengguna MySejahtera).
- Pen.
- Senarai ubat (jika ada)
- Tempat letak kenderaan percuma berada di tempat letak kereta B dan C.
- Jika datang dengan LRT, perlu masuk melalui Pintu A.
- “Drop-off” penumpang di Pintu E.
- “Drop-off” untuk OKU adalah di Zon Letak Kereta OKU.
- Perkhidmatan kenderaan “buggy” juga ada disediakan.
Berikut pihak KKM juga menyediakan sebuah video bagi memudahkan perjalanan anda ketika berada di sana.
The Bukit Jalil National Stadium PPV begins its operations today. Watch this video to understand the vaccination journey at this PPV.@JKJAVMY #MenangBersama #LindungDiriLindungSemua pic.twitter.com/Gbnm4VRM2Q
— KKMalaysia🇲🇾 (@KKMPutrajaya) June 21, 2021
Sumber : Facebook dan Twitter KKM