PETALING JAYA – Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) kecewa apabila didakwa dihalang daripada menggunakan kemudahan gimnasium atas alasan menggunakan kerusi roda.
Menerusi akaun Twitter Jason King, lelaki OKU itu memuat naik sebuah video berserta luahan rasa kecewa selain memberitahu tidak menghadapi masalah sewaktu menggunakan gimnasium itu sebelum ini.
“Dah beberapa bulan aku dok mai gym (gimnasium), tiba-tiba hari ni aku diberitahu lepas ni aku tak boleh masuk gym dengan alasan keadaan aku yang berkerusi roda dan faktor keselamatan.
“Bila ditanya tentang peraturan dan polisi, dia dok pusing cakap bahaya la, apa la,” katanya pada hantaran tersebut.
Dah beberapa bulan aku dok mai gym tiba2 hari nie aku diberitahu lepas nie aku x boleh masuk gym dengan alasan keadaan aku yg berkerusi roda & faktor keselamatan. Bila ditanya tentang rules & policy dia dok pusing cakap bahaya la apa laa…. pic.twitter.com/W9EXDBpfij
— Jason King (@afqazmann) March 1, 2023
Dalam pada itu, Jason King memberitahu, ini kali pertama dia pergi ke gimnasium yang tidak membenarkan OKU masuk.
“Saya rasa sungguh kecewa dengan segelintir masyarakat kita yang masih bersikap diskriminasi terhadap golongan OKU. Mohon ambil cakna tentang isu begini.
“Harap kerajaan kita ambil berat berkenaan isu diskriminasi OKU di dalam negara ini,” katanya.
Sumber: Kosmo
Baca Juga: Wanita OKU Hilang Sebulan Lalu Di Kuala Pilah Ditemui Di Kuala Lumpur
KUALA PILAH – Seorang wanita orang kurang upaya (OKU) yang dilaporkan hilang sejak 19 Januari lalu ketika menunggu nombor giliran mengambil ubat di Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN), di sini ditemui selamat di Kuala Lumpur.
Ibunya, Azizah Husin, 56, berkata, dia mengetahui penemuan anak tunggalnya itu, Rabaah Laily, 33 yang merupakan OKU pekak dan bisu pada Rabu minggu lalu (15 Februari) selepas keadaan kesihatan anaknya itu stabil.
Menurutnya, Rabaah dijumpai oleh orang ramai pada 31 Januari lepas selepas didapati merayau-rayau tanpa hala-tuju di ibu negara sebelum diserahkan kepada pihak polis.
“Dia kemudiannya dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk mendapatkan rawatan lanjut dan disebabkan keadaan kesihatannya ketika itu tidak stabil kerana sudah lama tidak makan ubat, menyukarkan pihak berkenaan mendapatkan maklumat peribadi daripadanya,” katanya hari ini.
Ujar Azizah, anaknya itu menghidap penyakit kencing manis, darah tinggi dan kolestrol selain merupakan pesakit psikiatri.
“Apabila kesihatannya semakin baik selepas hampir dua minggu menerima rawatan di hospital itu, dia dah boleh tulis nama sendiri semula membolehkan pihak berkuasa membuat semakan maklumat peribadi seterusnya berjaya menghubungi saya,” ujarnya.
Azizah melahirkan rasa syukur dan berterima kasih kepada semua pihak yang turut membantunya mengesan anaknya itu dalam pelbagai platform sejak dilaporkan hilang.
“Dia kemudiannya dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk mendapatkan rawatan lanjut dan disebabkan keadaan kesihatannya ketika itu tidak stabil kerana sudah lama tidak makan ubat, menyukarkan pihak berkenaan mendapatkan maklumat peribadi daripadanya,” katanya hari ini.
Ujar Azizah, anaknya itu menghidap penyakit kencing manis, darah tinggi dan kolestrol selain merupakan pesakit psikiatri.
Media sebelum ini melaporkan, Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superitendan Amran Mohd Ghani mengesahkan menerima laporan daripada wanita berkenaan berhubung kehilangan anak gadisnya itu pada 20 Januari lepas.
Sumber: KMN