(Video) Ustazah Terharu ‘Surprise’ Anak Murid Sempena Hari Lahir. Reaksinya Buat Ramai Sebak | Pengajaran dan Pembelajaran (PDPR) sempena Covid-19 sememangnya menjadi cabaran utama buat guru serta murid dari pelbagai peringkat. Tidak dinafikan, guru seharusnya diberikan penghargaan yang tidak terhingga kerana kegigihan mereka untuk mendidik anak bangsa dikala PDPR pada hari ini dilihat mencabar kerana perlu menjalani secara atas talian.
https://twitter.com/zahIDGAF2/status/1436929121842388992?s=20
Berikutan itu, tular satu rakaman yang dikongsi oleh seorang pengguna Twitter yang dikenali sebagai Zahid di media sosial mengenai seorang ustazah yang sebak dan terharu selepas menerima kejutan dari para pelajar sempena hari kelahirannya itu.
Menurut rakaman video tersebut, pada mulanya beliau terkejut kerana para pelajar dilihat tidak memasuki kelasnya secara atas talian walaupun setelah nama-nama mereka dipanggil.
Namun, tidak menjangka bahawa beliau mendapat kejutan ucapan selamat hari jadi dari semua pelajar yang dilihat menulis ucapan ‘selamat hari jadi’ di atas sekeping kertas untuk ditunjukkan kepada guru terbabit ketika sesi pembelajaran atas talian sedang dijalankan.
Ustazah tersebut tidak dapat menyembunyikan rasa sebak dan terharunya kerana tidak menyangka beliau akan mendapat penghargaan yang baginya cukup manis dari para pelajar ketika sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan.
Rakaman tersebut mendapat sambutan baik dari warganet selepas menerima 123.5 ribu tontonan serta ratusan perkongsian dari warganet yang rata-rata terharu dan sebak dengan reaksi yang diberikan ustazah terbabit setelah melihat video tersebut. Berikut merupakan antara reaksi warganet berkenaan video ini.
Sumber: Twitter