(Video) Walaupun Jatuh Sampai Bahu Terkoyak, Shah Firdaus Layak Ke Suku Akhir Esok | Pelumba basikal trek negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom berjaya meneruskan saingan selepas melayakkan diri ke peringkat suku akhir dalam perlumbaan Men’s Keirin Repechangs-Heat 1 yang diadakan sebentar tadi.
Dalam perlumbaan tersebut, beliau hampir sahaja terlibat dalam kemalangan sekali lagi selepas terdapat sentuhan bersama dengan pelumba lain ketika sedang mengejar pelumba di hadapannya.
Mujur beliau dapat mengawal basikalnya dan sekali gus berjaya mengelak daripada terbabit dalam kemalangan.
Pada satu ketika, beliau tampak seakan sukar untuk melayakkan diri kerana berada di posisi yang terakhir di antara semua pelumba.
Tanpa menghiraukan kecederaan yang dialaminya pada kemalangan yang berlaku di perlumbaan sebelumnya, beliau telah berusaha memecut laju memotong satu demi satu pelumba yang berada di hadapannya untuk berada di tempat kedua selepas tamat perlumbaan.
Tempat kedua itu sudah cukup untuk melayakkan dirinya ke pusingan sseterusnya mengikut jejak langkah Datoβ Azizulhasni Awang.
#CyclingTrack | 7 Ogos
SHAH FIRDAUS KE SUKU AKHIR!!!!! π₯ Goosebumps tengok race Men's Keirin Repechages – Heat 1 yang melihat Shah Firdaus menamatkan race di tempat ke-2 di belakang Kwesi Browne dari #TTO. WHAT A COMEBACK!! #Tokyo2020 #unifiedMalaysians #DemiMalaysia https://t.co/3w2KCGZFOn pic.twitter.com/j7giunH977
— Team Malaysia (@TeamMsia) August 7, 2021
Sebelum ini, pelumba basikal trek negara itu kurang bernasib baik apabila terjatuh ketika perlumbaan Heat-2 dan menyebabkan kulit bahunya terkoyak.
Dalam perlumbaan kedua pusingan kelayakan tersebuit, Shah Firduas tampak seakan tergelincir dan terjatuh ketika sedang mengejar pendahulu.
Kejatuhannya itu ntelah menyebabkan seorang lagi pelumba di belakangnya, Sergey Ponomaryov dari Kazakhstan turut terjatuh.
#CyclingTrack | 7 Ogos
Menβs Keirin First Round – Heat 2
Berlaku perlanggaran antara Shah Firdaus π²πΎ & Jack Carlin π¬π§. Sergey Ponomaryov π°πΏ turut terjatuh. π° #Tokyo2020 #unifiedMalaysians #DemiMalaysia pic.twitter.com/ul6P4Qd8jT
— Team Malaysia (@TeamMsia) August 7, 2021
Syabas Shah Firdaus dan Datoβ Azizulhasni Awang!
#CyclingTrack | 7 Ogos
Menβs Keirin Repechages – Heat 1
Chao Xu π¨π³
Tomas Babek π¨πΏ
Sebastien Vigier π«π·
Shah Firdaus π²πΎ β
Kwesi Browne πΉπΉ βFighter! Semangat sang juara daripada @shahfirdaus95 bawa dia ke suku akhir esok! π #Tokyo2020 #unifiedMalaysians #DemiMalaysia pic.twitter.com/eaMG5qY7J0
— Team Malaysia (@TeamMsia) August 7, 2021
Sumber : Team Malaysia