(Video) Mulut Boleh Muat Sebiji Buah Epal, Wanita Ini Diiktiraf Guinness World Records| Tiktok kini menjadi platform kepada orang ramai untuk menunjukan bakat terpendam namun lain bakat yang ditunjukkan oleh seorang bintang tiktoker, berusia 31 tahun dari Amerika Syarikat ini selepas menunjukkan mempunyai bakat melalui saiz mulutnya  yang besar sehingga dikatakan mampu memuatkan sebiji buah epal.

(Video) Mulut Boleh Muat Sebiji Buah Epal, Wanita Ini Diiktiraf Guinness World Records

Pemiliknya yang bernama Samantha Ramsdell, dari Connecticut telah memenangi pengiktirafan Guinness World Records bagi kategori wanita selepas mempunyai keluasan mulut yang luar luar biasa apabila mulutnya boleh ternganga sekitar ukuran 6.52 cm besar, iaitu lebih kurang 2.56 inci yang diukur menggunakan kaliper digital di pejabat doktor gigi di South Norwalk, Connecticut oleh seorang pegawai rekod dunia tersebut.

Menurut Ramsdell, dia sering memuat naik video mengenai saiz mulutnya di aplikasi Tiktok dan mengetahui bahawa saiz mulutnya memang agak besar namun setelah tular videonya yang memasukkan tiga donat di mulutnya mendapat perhatian warganet kemudian dia mendapat respond untuk mendorongnya melakukan catatan di Guinness World Records.

Jelasnya lagi, dia cuba untuk mengecilkan mulutnya kerana dilihat sebagai suatu yang aneh sehingga pada zaman kanak-kanaknya, dia telah dibuli teruk akibat saiz mulutnya yang besar.

Namun setelah menginjak ke usia 31 tahun, dia memberitahu bahawa mempunyai rekod dunia melalui satu benda yang dahulunya dilihat sebagai kekurangan adalah sesuatu yang hebat.

Ramsdell turut menyifatkan bahawa kelainan yang diperoleh ini juga turut membantunya mengembangkan bilangan pengikutnya di akaun Tiktok iaitu sekitar 1.7 Juta pengikut setakat ini.

Selain ahli keluarganya tidak mempunyai mulut sebesarnya, dia menyifatkan bahawa kelebihan yang dimiliki ini telah menjadi perkara terbaik dalam hidupnya selain menasihati wanita-wanita lain yang turut mempunyai kelebihan sepertinya untuk turut mencatat rekod mereka dalam Guinness World Records.

Tambahnya lagi bahawa ia merupakan kuasa besar kepada setiap orang yang mempunyai kelainan sepertinya selain menyifatkan hal tersebut yang menjadikannya unik dan istimewa. Ramsdell turut memberitahu bahawa setiap orang harus meraikan apa yang membuat mereka berbeza.

Sumber: WCBC news

Share.

Leave A Reply