Tular Video Seorang Lelaki Pukul Kanak-Kanak Dalam Masjid. |Tindakan seorang lelaki yang mengasari dan memukul kanak-kanak ketika solat di sebuah masjid di Tebet, Jakarta Selatan, Indonesia mengundang padah apabila dia ditahan polis.

Ketika kejadian, kanak-kanak tersebut dilihat sedang bermain dan berlari dalam masjid berkenaan sebelum didatangi suspek yang secara tiba-tiba memukul mereka.

Meskipun tindakan itu awalnya dianggap sebagai satu amaran buat kanak-kanak terbabit, namun situasi bertambah serius apabila lelaki berkenaan kemudiannya memukul muka dan kepala mangsa berulang kali.

Dikongsikan di laman Instagram, rakaman itu hangat diperkatakan warganet dan menerima kecaman ramai.

@majoritiofficial

Kalau ye pun budak-budak tu buat bising kenapa sampai nak kena pukul😤 VIDEO PENUH & BERITA LANJUT dalam artikel. #isuviral #beritatiktok #beritaviral #beritahariini #masjid #kejam

♬ Creepy – SoundCityLab

Suspek lelaki dikenali sebagai Firman, 51, telah ditahan pihak polis atas kesalahan mendera kanak-kanak tersebut.

Menurut Ketua Polis Metro Jakarta Selatan, AKP Numa Dewi, suspek ditahan di bawah undang-undang Perlindungan kanak-kanak dan boleh berhadapan hukuman penjara sehingga lima tahun.

Serangan itu dipercayai berlaku selepas suspek dipercayai gagal mengawal emosi ketika dipukul balas oleh kanak-kanak terbabit.

Menjengah di ruangan komen, rata-ratanya mengecam perbuatan kejam suspek.

“Hairan kenapa jemaah lain dalam masjid itu boleh berdiam diri dan hanya melihat kejadian depan mata mereka, kanak-kanak itu dipukul berulang kali mustahil jika mereka tidak perasan,” kataĀ NurZulaeman.

“Kanak-kanak itu hanya bermain dan bergurau senda, ia perkara biasa dalam masjid jadi kenapa perlu sampai memukul dan bertindak kasar, sudah dewasa sepatutnya bagi nasihat bukan hanya tahu gunakan kekerasan,” jelasĀ OdiArman.

“Itu la sebabnya kanak-kanak itu perlu dipantau oleh ibu bapa mereka, bukannya hanya bawa ke masjid lalu biarkan mereka bermain dan membuat bising,” tambahNamikazeilya.

Namun kanak-kanak terbabit dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan serius dan kesemuanya terselamat daripada serangan tersebut.

Sumber: Majoriti

 

 

Baca Juga: Lelaki Yg Mendakwa Dipukul Enam Orang Myammar Meninggal Dunia

Selepas 28 hari bertarung nyawa di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Melaka (HM), lelaki tempatan yang koma dipercayai akibat dipukul enam pekerja kilang warga Myanmar akhirnya meninggal dunia, semalam.

Mangsa, E Murali Kuppusami, 50, dilaporkan menghembuskan nafas terakhir pada jam 5.57 petang di hadapan enam anaknya berusia 11 hingga 24 tahun.

Ketua Polis Melaka Datuk Zainol Samah ketika dihubungi mengesahkan kematian mangsa yang dirawat di HM sejak 31 Oktober lalu termasuk kes akan dipinda untuk siasatan mengikut kesalahan membunuh.

ā€œMangsa yang sebelum ini parah dan koma disahkan meninggal dunia ketika sedang menerima rawatan di ICU HM.

ā€œKita akan merujuk kes ini kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk cadangan meminda pertuduhan daripada Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan parah kepada Seksyen 302 kerana membunuh,ā€ katanya ketika dihubungi, hari ini.

Media pada Jumaat lalu melaporkan enam pekerja kilang warga Myanmar dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ayer Keroh atas dua pertuduhan membelasah mangsa dan anak lelakinya dengan kayu hingga menyebabkan Murali Kuppusami koma.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh, Kyaw Swar Tun, 21, Win Zaw, 30, Zin Min Htet, 23, Nyi Lin Paing, 23, Aung Myint Thein dan Mya Soe, 33, kerana mereka gagal memahami bahasa Melayu.

Berdasarkan kertas pertuduhan pertama dan kedua, tertuduh didakwa bersama-sama menyebabkan kecederaan parah ke atas M K Daniel, 19, dan bapanya, Murali Kuppusami dengan menggunakan objek kayu iaitu alat yang mungkin menyebabkan kematian.

Perbuatan itu dilakukan pada jam 10.40 malam di bawah Blok L, Pangsapuri Taman Tasek Utama, Melaka Tengah pada 31 Oktober lalu.

Difahamkan mangsa dikatakan dibelasah selepas menegur tertuduh agar tidak membuat bising di pangsapuri berkenaan.

Mahkamah kemudian menetapkan sebutan semula kes pada 21 Disember ini bagi mendapatkan jurubahasa Myanmar dan tiada jaminan ditawarkan terhadap semua tertuduh.

Sumber: KMN

Share.

Leave A Reply