Viral Solat Di Air Terjun. Ini Komen Nadir Al Nuri Dari Gaz4 | Susulan tular satu gambar mengenai beberapa pemuda yang solat di air terjun, gambar tersebut dilihat mendapat pelbagai reaksi daripada warga netizen malah ia turut mendapat perhatian Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaz4 Malaysia (CGM), Muhammad Nadir AL-Nuri berkenaan gambar viral tersebut.

Viral Solat Di Air Terjun. Ini Komen Nadir Al Nuri Dari Gaz4

Viral Solat Di Air Terjun. Ini Komen Nadir Al Nuri Dari Gaz4

Menurut Nadir menerusi perkongsian di akaun Facebook peribadi, beliau berasa sedih kerana gambar tersebut telah mendapat pertikaian dari warganet sehingga ada yang mengatakan ia seperti menunjuk-nunjuk amalan solat di tempat yang tidak sesuai.

Beliau berpandangan bahawa seharusnya kerja-kerja melibatkan kebajikan perlu diadunkan dengan elemen ‘adventure’ dan keseronokan kerana aktiviti tersebut melibatkan orang muda dari pelbagai latar belakang dan perwatakan justeru ia dapat menarik lebih ramai orang muda untuk terlibat dengan aktiviti kebajikan sebegini.

Nadir turut menceritakan pengalaman beliau bersama Tentera Merah ketika berada di Sabah sebelum ini yang turut memasukkan eleman ‘adventure’ dalam aktiviti kebajikan sebegini seperti meredah hutan rimba, berjalan kaki masuk ke tempat perkhemahan berbelas kilometer, mengharung sungai dan berkhemah di bawah hujan lebat dan sebagainya.

Tambahnya, anak-anak remaja yang mengikuti aktiviti kebajikan ketika itu masih terikat dengannya dan perkara yang mereka ingat bukanlah isi ceramah dan daurah yang dilakukan tetapi aktiviti mencabar sepanjang menjalani misi bantuan terbabit.

Nadir berpendapat bahawa tularnya gambar ini perlu dilihat dari sudut positif serta tertumpu kepada elemen yang ingin disampaikan seperti elemen dakwah, pembangunan insan serta tarbiyyah selain menolak untuk melihatnya dari segi elemen politik.

Katanya menerusi posting tersebut, ucapkan alhamdulillah walaupun berada di dunia yang merosakkan ini kerana masih terdapat ruang untuk anak-anak muda berdakwah dan ditarbiyyah.

Sumber: Facebook

Share.

Leave A Reply