Viral Surau Di Kelantan Dirobohkan. Ini Jawapan Kerajaan Negeri Yang Ditunggu Ramai

| August 29, 2021 | 0 Comments

Viral Surau Di Kelantan Dirobohkan. Ini Jawapan Kerajaan Negeri Yang Ditunggu Ramai | Isu sebuah surau di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP), Pengkalan Chepa yang bakal dirobohkan telah mendapat pelbagai reaksi dari para netizen namun dikatakan kerja-kerja bagi proses merobohkan surau tersebut dibuat mengikut prosedur dan peraturan.

Viral Surau Di Kelantan Dirobohkan. Ini Jawapan Kerajaan Negeri Yang Ditunggu Ramai

Viral Surau Di Kelantan Dirobohkan. Ini Jawapan Kerajaan Negeri Yang Ditunggu Ramai

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Cempaka, Ahmad Fathan Mahmood, surau tersebut akan dibina semula supaya dapat memastikan keadaan lebih kondusif sejajar pelan menaik taraf kawasan itu.

Kata beliau, kontraktor yang telah diberi tanggungjawab tersebut telah sedia maklum mengenai cara kerjanya selain yakin ia turut mendapat panduan daripada pihak mufti.

Jelasnya lagi, selepas video tersebut tular di media sosial, ia menimbulkan salah faham dalam kalangan netizen di laman Facebook yang seharusnya tidak perlu wujud kerana tempat berkenaan dalam proses untuk dinaik taraf kepada yang lebih baik.

Difahamkan bahawa ia dirobohkan berikutan struktur komponen batu dan bahagian yang tidak elok, malah kayu atau papan ukiran yang masih dalam keadaan baik telah diagihkan di beberapa surau sekitar Kota Bharu.

Tambahan pula, kontraktor juga ditugaskan secara berjadual dan individu yang bertanggungjawab untuk projek surau sebelum ini meninggal dunia, justeru diganti dengan kontraktor baharu yang perlu mengejar masa bagi memastikan pelan pembinaan mengikut seperti dirancang.

Ahmad Fathan turut menyatakan bahawa keadaan surau lama agak tidak terjaga, oleg itu, mereka menyambut baik pembinaan baharu untuk keselesaan orang ramai menunaikan solat.

Terdahulu, telah tular viral video berdurasi satu minit 19 saat, menunjukkan sebuah jentolak merobohkan binaan surau berkenaan dan mendapat pelbagai reaksi warganet yang rata-ratanya sedih dengan tindakan itu.

Ahmad Fathan turut menyeru orang ramai supaya tidak mudah memberi komen negatif jika maklumat diterima tidak lengkap kerana ia mendatangkan fitnah selain berterima kasih kepada masyarakat yang peka akan keadaan semasa selain yakin proses menaik taraf di LTSIP akan berjalan lancar.

Sebelumnya, media tempatan melaporkan bahawa WCT Bhd, anak syarikat milik penuh WCT Holdings Bhd memperoleh kontrak RM440 juta daripada Kementerian Pengangkutan untuk melaksanakan kerja naik taraf dan penambahan LTSIP, di sini.

Projek terbabit merangkumi kerja membina, infrastruktur ‘landside’, infrastruktur ‘airside’ dan semua kerja kejuruteraan bagi mereka bentuk, membina, membekal, memasang, menyiap, menguji, melaksana serta menyelenggara LTSIP.

Sumber: Berita Harian

Tags: , , , , ,

Category: INFORMASI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *