Viral Video Individu KEJAM Bagi Dadah Kepada Monyet Sampai ‘Lalok‘ | Baru-baru ini tular sebuah video di TikTok memaparkan seorang lelaki dikatakan sanggup memberikan bahan terlarang dipercayai dadah kepada seekor monyet sehingga menyebabkan haiwan tersebut ‘lalok’ dan sukar bergerak.

Viral Video Individu KEJAM Bagi Dadah Kepada Monyet Sampai 'Lalok'

Video yang dikongsi dimuatnaik pengguna aplikasi tersebut memaparkan seekor monyet yang mengalami kesukaran untuk berjalan dipercayai diberikan bahan terlarang. Video tersebut bagaimanapun sempat dimuatturun oleh pengguna lain yang geram dengan aksi tidak berperikemanusian itu.

Boleh tak guna kuasa untuk up kan video tak bermoral ni. Sebab user TikTok ramai yang sokong dan rasa perbuatan ni kelakar.

Difahamkan, dadah yang diberikan kepada monyet berkenaan adalah jenis ‘Happy 5’ atau ‘Pil 5’ dan ianya boleh menyebabkan sakit kepala jika diambil oleh manusia.

Ada orang cakap dalam video ni, budak ni kasi sejenis dadah dekat monyet. Dadah jenis 5. Yang kalau kena dekat manusia, manusia tu boleh sakit kepala kalau tak dengar muzik. Apatah lagi kalau kena kat haiwan.

Harap boleh lapor kat pihak berkuasa. Kesian buat penganiayaan dekat makhluk lain dan sangat mengecewakan sebab user TikTok boleh anggap benda ni remeh.

Lebih mengejutkan, di ruangan komen video berkenaan, terdapat individu yang menyokong tindakan individu terbabit dengan mengatakan ianya tidak salah kerana bintang pun suka mabuk.

Tak salah sebab binatang pun suka mabuk. Dekat hutan pun ada buah bikin mabuk yang bintang-binatang semua suka. Janji jangan ketawa.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa geram dengan tindakan individu berkenaan. Malah ada juga di antara mereka berharap agar pihak berkuasa dapat menangkap indivdu terbabit.

Sumber : Oh Bulan

Share.

Leave A Reply