Wad Di Sebuah Hospital Terbakar. 30 Pesakit Dipindahkan.

| October 10, 2021 | 0 Comments

Wad Di Sebuah Hospital Terbakar. 30 Pesakit Dipindahkan.| KLANG: Sejumlah 30 pesakit termasuk dua penjaga di sebuah hospital swasta di sini, dipindahkan selepas sebuah bilik wad terbakar, malam tadi.

Turut dipindahkan adalah 20 kakitangan hospital berkenaan dan tiada kemalangan maut dilaporkan.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar jam 11.38 malam.

Susulan itu, katanya, sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pelabuhan Klang bergegas ke lokasi kejadian dan tiba sekitar jam 11.42 malam.

“Sebaik tiba di lokasi, didapati dua bilik wad di hospital yang berkeluasan 37.161 meter persegi (400 kaki persegi) terbakar bagaimanapun ia tidak membabitkan mangsa berikutan wad berkenaan kosong.

“Pasukan kemudian menggunakan konsep ‘receo’ iaitu membuat kerja menyelamat, memindahkan pesakit dan kerja pemadaman.

“Turut dipasang adalah tangga sehingga api padam sepenuhnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kebakaran berjaya dikawal 10 minit kemudian dan operasi ditamatkan pada jam 12.57 tengah malam.

Katanya, punca sebenar kebakaran serta jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Sumber : BH

Tags: , , , , ,

Category: INFORMASI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *