Wanita Baru 2 Minggu Bersalin Cuba Bunuh Diri. Puncanya Buat Ramai SEBAK. | Sejak akhir-akhir ini kita sering mendengar kes-kes melibatkan cubaan bunuh diri. Ada kes yang disebabkan tekanan ketika tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP), ada yang sanggup bunuh diri kerana buntu cari jalan penyelesaian masalah. Berpantang merupakan tempoh yang sukar bagi si ibu yang baru melahirkan anak memandangkan mereka mengalami perubahan emosi, fizikal dan dalam masa yang sama perlu menjaga bayi baru lahir.
Namun begitu, berbeza pula dengan kisah seorang wanita ini yang mengalami gangguan emosi sehingga nekad untuk menamatkan nyawanya dengan cara terjun dari bangunan rumahnya. Mujurlah tindakannya ingin terjun bangunan itu sempat dihalang oleh jiran tetangga sebelum pihak bomba datang bagi menenangkan keadaan.
Apabila disiasat mengapa dia bertindak sedemikian, wanita itu bercerita dia dijatuhkan talak oleh suaminya sendiri biarpun baru sahaja melahirkan anak ketiga secara pembedahan caesarean pada 2 minggu lalu.
Bukan setakat itu sahaja, si suami juga tergamak lari meninggalkannya dan membawa anak sulung mereka sambil menaiki kereta milik wanita itu. Sokongan dari segi mental dan fizikal daripada suami amat diperlukan pada saat ini agar dapat membantu mereka mengharunginya dengan baik.
Perkongsian video oleh pengguna TikTok @sufri_jamaluddin ini telah meraih perhatian ramai dan sehingga kini mencatat lebih 400,000 tontonan. Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa simpati terhadap nasib malang wanita terbabit dan mereka berharap agar ahli keluarga atau jiran boleh menjaga serta mengawasinya.
@sufri_jamaluddinNa’uzu Billahhi Min Zalik 🤲🏼 ##tiktokguru ##tiktokindonesia ##fyp
Sumber : OMM & Tiktok @sufri_jamaluddin