Wanita Cantik Ini Tawar Khidmat Uji Kesetiaan Lelaki Raih Pendapatan Lumayan | Satu pekerjaan baharu telah dilapor bahawa muncul di Brazil apabila sebilangan wanita muda disana menawarkan perkhidmatan menguji tahap kesetiaan pasangan pelanggan mereka secara atas talian muncul.

Menurut Oddity Central, pekerjaan tersebut kini telah menjadi sangat terkenal di platform media sosial Brazil termasuk di aplikasi TikTok dan juga Instagram.

Difahamkan, pekerjaan tersebut diceburi golongan wanita muda dengan caj bayaran antara RM18 hingga RM142 dan mereka akan menguji tahap kesetian seorang lelaki terhadap isteri atau teman wanita mereka sebelum menyerahkan bukti-bukti tersebut kepada pelanggan.

Wanita-wanita ini akan menghantar mesej secara peribadi menerusi aplikasi Instagram atau WhatsApp pasangan pelanggan dan berlakon contohnya mendapat nombor telefon tersebut melalui salah seorang kenalan.

Setelah itu, mereka akan serahkan semua bukti-bukti seperti tangkap layar mesej perbualan dan apa jua gambar yang telah dikongsikan secara atas talian oleh pasangan mereka.

Meneroka lama berita Universa menerusia Oddity Central, mereka telah menemu bual salah seorang pekerja yang berada dalam bidang tersebut, Nocolly,22. Pada awalnya, wanita yang baru melahirkan seorang anak itu menerima mesej dari Instagram untuk menguji tahap kesetiaan suaminya.

Nocolly menyatakan bahawa wanita itu menghubungi Nocolly menerusi mesej di Instagram dan memuji tahap kecantikan Nocolly selain mendakwa bahawa dia memiliki ciri-ciri wanita idaman suaminya.

Nocolly turut menjelas bahawa wanita tersebut mencurigai suaminya kerana telah berbohong berkali-kali. Oleh itu, dia mahu Nocolly menggoda suaminya untuk melihat sama ada dia tergoda dan akan jatuh cinta atau tidak.

Sebaik sahaja Nocolly menyelesaikan tugas, dia menghantar semua bukti-bukti yang diperoleh kepada pelanggannya.

Seterusnya, Nocolly didekati pula oleh wanita lain dengan permintaan yang sama dan kini dia mampu menjana pendapatan bulanan hingga RM3,793 hingga RM4,742 dalam masa sebulan.

Sumber: Siakap Keli

Share.

Leave A Reply