Wanita Cuba Mengandung Tapi Tak Ada Rezeki. Terkejut Doktor Beritahu Dia Adalah Lelaki. | Seorang wanita berusia 25 tahun di timur China yang gagal hamil setelah 12 bulan mencuba terkejut apabila mengetahui bahawa dia sebenarnya dilahirkan sebagai lelaki dan bersifat interseks.

Interseks merupakan individu yang mempunyai kedua-dua sifat kelelakian dan keperempuanan sama ada dari segi fizikal atau perasaan.

Menurut Asia One, wanita itu yang luarannya mempunyai alat kelamin wanita tidak pernah mempersoalkan dan memeriksa keadaannya sehingga selepas pergelangan kakinya cedera dan pergi mendapatkan rawatan di hospital.

Melakukan imbasan X-ray, ia mendedahkan bahawa tulangnya tidak berkembang sejak remaja, pemeriksaan doktor itu mendapati fakta bahawa wanita itu tidak pernah datang haid.

Dia mengatakan bahawa dia mendiamkan diri mengenai perkara tersebut kerana malu.

“Semasa kecil, ibu saya membawa saya berjumpa doktor dan dia mengatakan bahawa saya hanya mengalami perkembangan yang lebih perlahan daripada kanak-kanak lain secara seksual, doktor itu juga mengatakan bahawa saya akan dapat mengalami haid dalam beberapa tahun lagi.

“Setelah saya dewasa, saya mendapati bahawa masalah ini sangat memalukan sehingga saya tidak menanganinya dengan serius,” kata wanita itu.

Semasa pergi ke ahli endokrinologi di hospital, wanita itu mengatakan bahawa dia dan suaminya telah berusaha untuk mendapatkan bayi selama setahun tetapi masih tiada rezeki.

Hasil ujian juga menunjukkan bahawa dia menderita tekanan darah tinggi dan kalium darah rendah, gejala khas penyakit yang disebut hiperplasia adrenal kongenital yang boleh menyebabkan gangguan perkembangan seksual.

Ahli endokrinologi, Doktor Dong Fengqin mengatakan bahawa ujian genetik pula menunjukkan kariotipnya adalah 46,XY iaitu corak yang biasanya dijumpai pada lelaki yang mempunyai alat kelamin yang tidak jelas (sama ada lelaki atau wanita).

Walaupun tekanan darah dan kadar kaliumnya sekarang terkawal, pihak hospital mengatakan bahawa wanita itu belum memutuskan jantina mana yang dia inginkan.

Sumber : Siakapkeli

Share.

Leave A Reply